Saturday, August 1, 2009

Medan,Indonesia : Danau Toba

Assalammualaikum....

Hari ini adalah hari kedua di Medan. Kami dibawa pergi ke Danau Toba salah satu tasik Volcano yang terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Di tengah danau ini terdapat sebuah pulau bernama Pulau Samosir. Masyarakat disini adalah terdiri daripada masyarakat Batak.

Perjalanan mengambil masa 5jam dari bandar Medan.Sepanjang perjalanan tu macam-macam ada.. hihihi.. nak tau apa ada?? time kami melalui pasar pagi disalah satu kampung tu, ada orang jual-jual tepi jalan. Sama la macam kat sini kan.. Tapi, tetiba... ha tu dia. Kepala Babi atas meja jualan... ewwuu, biasa nampak kepala lembu je lepas sembelih. First time nampak kepala babi letak atas meja macam tu.. alamak! kembang tekak.. ok2, think positive.. pengalaman baru kan. bila lagi nak nampak? kat Malaysia sure tak nampak la kan.hehe.. jalan lagi.. banyak rumah tepi-tepi jalan tu. View dia lawa sangat. Kawasan Valley. dan tetiba2 aku ada nampak 3ekor makhluk kecl depan pintu rumah orang. Alamak! anak babi pulak.. biasa nampak ayam or kucing cari makan depan rumah kan?? ha kat sini ko akan nampak makhluk yang berlainan lak.. huhu.. pengalaman lagi..


Salah satu perkampungan OTW pi Danau Toba
Transport ke Danau Toba ni biasanya orang akan amik package je. Travel agensi akan bawa korang kesana. Package berapa per head tu aku tak pasti la, tapi hati-hati la ea time amik package tu. bia terjamin. Or salah satu lagi cara kalau you all nak lagi adventure naik la bus awam macam kat bawah ni.. hihihi.. murah confirm murah la. Tapi kesalamatan korang adalah tidak dapat dijamin..

Bus Awam
Ok, antara yang aku nampak sepanjang perjalanan ke Danau toba antaranya adalah Pos Office macam kat bawah ni.
Post Office


Wajik adalah antara makanan yang paling fames sekali kat medan ni. Tapi cari yang elok2 ye. Sebab majoriti kat sini adalah non-muslim.

Wajik jemput singgah
Yang bagusnya they all ni setiap inci tanah yang ada dibuat ladang sayuran. Tanah kat sini subur sebab kawasan lembah gunung berapi kan. Udara kat sini nyaman sangat and sejuk!

Sayur-sayuran

Please dont do this in Malaysia
Di indonesia juga kalau ada apa-apa upacara tak kisah la perkahwinan, balik haji mahupun kematian mesti benda ni ada. Untuk ucapan dan diletak depan rumah.. pe pendapat korang. style old skoll skit la kan..hehe

Petani bertani belakang rumah
Akhirnya lepas 5jam perjalanan duduk dalam bas, kami pun tiba di Danau toba.  Ada air terjun Sipiso-piso. Aku beli Tshirt kat sini. Boleh tahan la x de la mahal sangat.

Air terjun sipiso-piso ni boleh turun kebawah kalau rajin. Yang specialnya air terjun ni tak ada sungainya tau. Air pu keluar dari dalam bukit tu. Ishh, rasa nak masuk je dalam tu tgk apa yang ada and macam mana benda tu jadi kan. Heheheehe..

Si Piso-Piso

Kat sini best and lagi best kalau korang turun sampai bawah. Kat sana ada banyak hotel/chelet tok korang menginap. Memang berbaloi la sebab kesini je dah 5jam kan.

Di tengah-tengah tasik ni ada satu pulau dipanggil Pulau Samosir. Masyarakat dipulau itu adalah amsyarakat Batak tulin dan jarang keluar dari kawasan mereka. Sorry ok, makanan kat pulau tu adalah pork semata, so kalau korang nak rasa tido semalam dengan masyarakat sana pun boleh.. ada package dia. huhuhu

Lepas puas berjalan-jalan amik gambar shopping sikit2 kami pun bergerak pulang. Tapi kami singgah di Berastagi. Ha, yang ni betul-betul tempat shopping. Siap ada kuda lagi kalau korang nak naik. Puas shopping kat sini. Memang banyak pilihan and boleh tahan murah. Kena pandai-pandai tawar tau. Aku beli rumah adat Masyarakat Batak yang super duper tajam punya dia punya atap. Tu kalau kayu tu rodok perut orang pun boleh mati aku rasa..huhuhu..

Ok, sampai ke hotel dalam kol8 macam tu. Masing-masing dah penat gila dan terus tido. Esok nak balik Malaysia dah..

Expenses:
SHopping : Aku pun tak ingat berapa.. hhuuhuhu

Sambungan Entry selanjutnya DISINI