Sunday, December 30, 2012

AKU ANAK SEORANG PERANTAU

Assalammualaikum....



Entry kali ni mugkin agak panas dan mungkin ada yang terasa hati.. Tapi awal-awal lagi aku meminta maaf menghulur 10jari,tiada niat untuk menyakiti sesiapa,bongkak,riak,menjatuhkan air muka sesiapa atau apa jua niat yang tidak baik terlintas dihati aku ketika aku mencoretkan nukilan ini... Ianya hanya tempat untuk meluahkan rasa sedih,keciwa, bengang, ketidakpuasan hati dan sebagai iktibar serta pengajaran sebagai sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan bagi diri aku dan juga semua pembaca yang sudi meluangkan masa seketika untuk membaca entry ini..........

Ibubapa ku berasal dari Kampar,Riau, Indonesia.. Ayah telah merantau ke Malaysia hampir 35tahun yang lalu dan mama sejak 30tahun dulu..Mama mengikut ayah merantau ke Malaysia selepas mereka mendirikan rumah tangga. Ayah hanyalah seorang tukang sapu cat dan mama menjalankan bisness direct selling untuk membantu pendapatan ayah. Aku mempunyai 5orang adik beradik, semua perempuan. Semua kami adik beradik lahir di Malaysia.. Yang sulung tahun 2012 ni 29thn dah kawin anak dua. 2nd Single-27thn.. 3rd- sape lagi, aku lah.-25thn-Lepasan UTM-Technology Management dan juga student lepasan bidang Mechanical Engineering..bwh aku 21thn baru baru abeh study bidang yang sama iaitu Mechanical Engineering dan yang bongsu 17thn baru habis SPM dari Kolej Teknik Kuala Kangsar dlm bidang Air-corn and kini sedang menyambung pengajiannya di IPTA dalam bidang yang sama seperti dua kakaknya iaitu Mechanical Engineering (wah, family mechanical engineering ni).

Bukan mudah hidup membesar sebangai anak perantau terutamanya yang berasal dari Indonesia. Aku membesar di Klang hanya kami sekeluarga orang asing di kampung tersebut.. Segala hinaan, dipandang rendah, diejek, difitnah, dimaki, dicaci oleh rakan-rakan sekolah rendah malahan sesetengah cikgu and ustazah serta sesetengah penduduk kampug sudah lali dalam hidup kami adik beradik.. Alhamdulillah, Tuhan kurniakan aku minda yang cerdas dan fizikal yang cergas. Atas keputusan yang cemerlang (sentiasa top 10 dalam keseluruhan darjah) aku ditempatkan dalam kelas pertama(best student punya class) disamping aku sangat aktif sukan disekolah. Ada beberapa orang cikgu yang mula-mula masuk class darjah 6 tu terkejut tengok aku dalam class tu.. "eh, kamu ada dalam class ni??"masih aku ingat lagi kata-kata cikgu tu.. (dlm ati aku jawab, saya bukan bodoh macam yang cikgu fikirkan, dah saya layak nak buat mcm mana kan..huhuhu).

Aku masih ingat time tranning bola jaring, aku pemain simpanan je.. tapi bola baling aku la striker.. pelik tak bunyinya? sedangkan lebih kurang sama je dua games ni.. time bola jaring dua orang coach (teacher and ustazah) yang ajar.. bila aku main asyik marah aku je..tengking-tengking aku..org lain tak ada pula.. Paling parah bila parents dah ramai tunggu anak nak balik sekolah time tu la dia akan jerit kuat-kuat "Hey anak Indon!! ko tu tangkap bola macam tangkap taik!!! aku campak taik kat muka ko nanti!!" sedih gile,malu dengan parents yang tengah tengok.. :( then ada la mak-mak tu bisik-bisik sambil pandang aku dengan mulut muncung-muncung kat aku then gelak-gelak mengejek(cakap ala,si anak indon tu la tu...) YaAllah, time tu umur aku 12tahun je.. budak dulu tak macam budak sekarang yang lebih berani bersuara..aku hanya mampu sabar je.. Pasal tu gak la aku BLACK LIST terus bola jaring dalam idup aku!! Bila masuk form1 mati-mati budak-budak group darjah6 dulu ajak aku main bola jaring..mati2 aku tak nak la! Pangkah besar-besar!!..Sebab aku dah tak ada hati nak main lepas pengalaman time darjah 6 tu..Lain pula citenya dengan bola baling, dua orang cikgu laki ni mmg baik sangat..tak ada pun nak pilih kasih..tak pernah pandang rendah kat aku malah puji skor2 jarak jauh aku and bola aku yang kencang(cikgu tu kata dulu ye ,bekan aku memandai-mandai je;fakta.hehehe) and bola baling jadi game yang paling aku suka.. Aku wakil sekolah selama TUJUH TAHUN berturut-turut. Darjah 5&6, Form1-3 Sekolah (P) Kapar;Daerah Klang and Form4-5 Teknik Shah Alam; Daerah Petaling. Aku kapten pasukan dari form3-5.. Wakil daerah form3-5 dan wakil Selangor form4-5... Aku collected banyak sijil dan medal dalam bola baling but say no to Netball!!!!..NOOOO! NEVER!

Dalam class lak, aku ingat lagi dan tak kan lupa sampai bila-bila.. Cikgu tu ajar aku English, aku ni mmg la tak pandai English lagi-lagi la yang mengajar tu..Lagi la aku tak minat.. Dia penah cakap kat aku "woi, apalah ko ni bengap sangat, ini B.I Bahasa Inggeris bukan B.I Bahasa Indon!!!" serentak tu satu kelas gelakkan aku.. ada yang pandang aku cakap-hahaha,indon! ishhhhh!~ ada ke patut seorang cikgu yang sepatutnya bagi contoh terbaik pada anak murid cakap macam tu?? apa salah aku?? kalau aku tak pandai, ajar la.. habis kalau dah mcm tu memang jadi subject paling aku benci la. Akhirnya UPSR aku dapat C utk BI. Satu je C..huuhu..redha.. kalau pilih kasih tu tak boleh cakap la, anak-anak cikgu,orang-orang berpengaruh kat kampung tu dia la yang diberi perhatian lebih.. semua perfect! Anak indon macam aku ni, mmg tolak jauh-jauh la.Shhuuhh, kau anak indon tak layak nak join kami.huhuhuhu...Tapi bukan semua cikgu macam tu.. Cikgu lelaki semua sporting-sporting and openminded.. Cikgu-cikgu yang berasal dari luar kampung tu or town semu baik-baik. Aggghhhh, Cikgu kampung otak pun tak berkembang. Berapa banyak la dosa ko mengumpat sane sini ye. Wallahualam. Astagfirullahalazim, apa mulut aku ni.. But, Tuhan kan dah tentukan hidup kita macam mana.. Kadangkala kita dibawah, kadangkala kita diatas.. Kalau dulu aku dimaki sebab tak pandai BI, but now, my direct superior is an Finnish guy(General Manager) and english consultant aku pun puji cakap English aku tak ada slang Malay English.. bukan nak puji diri sendri, aku pun tak sedar, tapi aku banyak belajar communication masa aku kerja promoter part time time blajar dulu. Bila aku fikir-fikir balik, tulah kan..kalau dulu aku diejek,pasal bebal english sekarang atleast tak ada la excellent sangat, tapi Alhamdulillah la.. kena polish lagi untuk pergi lebih jauh dalam career.. Iktibar untuk semua orang, hidup umpama roda. TUHAN MAHA ADIL!

Aku masih ingat kat sekolah agama, last sekali lepas SPRA ada la pertandingn nasyid,pidato,khat dan imlak untuk budak-budak darjah 6. Aku nak join nasyid tapi they all tak nak amik aku join dorang sebab dorang kate suara aku sumbang..hahaha.. kejam sey!! macam suara korang sedap, aku sepak jugak pompuan-pompuan gedik ni kang~ aku rase memang la suara aku tak sedap, tapi lagi penting dorang tak suka aku sebab aku memang tak campur dengan perempuan-perempuan gedik ni..hello, not my taste ok.. awwuuu..ok,fine! i can go with my own way!.. aku lagi suka kawan dengan budak-budak lelaki, lagi sempoi and easy going.. Then ustazah pilih aku wakil class dalam pidato..Dia bagi aku article and kena la aku hafal masuk sikit ayat pendek Al-Quran. Hahaha.. pandai ustazah ni, memang kene betul la dengan orangnya.. paling aku tak sangka aku menang No.1 pidato and no.2 keseluruhan pertandingan.. budak-budak tu? kalah dengan class sebelah... hahahaha.. Tulah, berlagak sangat macam la high class and diva..yelah, aku ni anak orang indon je kan!!.. but, Tuhan tu adil kan.. Aku dapat keputusan yang boleh dikatakan cemerlang dalam SPRA and aku dijemput untuk terima anugerah masa hari anugerah pelajar cemerlang.paling best pihak sekolah jemput aku pidato yg aku menang tu masa hari anugerah tu.. aku pun ape lagi, buat la sehabis baik.. Dah memang berbakat kan(weeikkk) , sepenuh hati aku pidato depan ibubapa.. Aku terkejut sebab tengok ibu-ibu yang datang tu menangis teresak2 masa aku pidato atas pentas tu.. siap lap air mata guna hujung lengan baju.. Bapa pun ada yang jatuh air mata.. Tetiba aku pun jadi sebak time tu.Akhir sekali aku dapat tepukan gemuruh sangat. Awesome!! sweetnye time tu.. Yelah tajuk pidato tu aku dah lupa tapi berkenaan korban ibu melahirkan kita, ibubapa mendidik anak dan dosa-dosa anak derhaka... Ayah pun menangis time tu.. lepas hari tu bila ada mak2 jumpe mama, dia tanya anak ko ke hari tu pidato tu.. sedih betul,kiteorang semua nangis.. pandai dia hayati.. mama pun cuma sengih macam kerang busuk la...(alhamdulillah la kalau aku dah dpt banggakan parents aku ckit). Budak2 nasyid ni pun ada kena wat persembahan, aku saje je nak test, "eh, aku nak join leh?? alang2 aku pun ada.. dengan mencebik mukanya dorang terus cakap TAK BOLEH!! Dah cukup orang..urrmm,ok..fine(ingat aku teringin la??). yang paling best tak sampai ssetengah jam dorang cari aku suruh aku join dorang sebab penyanyi utama tak datang and tak ada khabar langsung... hahahaha, padan muka korang kan!! time susah baru nak cari aku?? memang takl la!pegi jalan daaaa...ingat aku hadap sangat ker?? setle la korang sendiri, kejap je kan tuhan balas.. Peringatan. Then bila tak cukup corum, fikir sendiri la mcam mana..macam katak puru!hahahah... time tu memang aku gelak sorang-sorang kat belakang dewan.. rasakan orang sombong!! TUHAN MAHA ADIL!

Mama buat bisness direct selling, macam2 brand la... then bg la utang2 kt orang.. paling aku x leh lupe, bila aku datang ngn akk aku nk kutip utang(mama suruh) kt gerai dorang si suami jerit kuat2 "sipolan(wife) ni anak indon datang nak mintak duit!" walawey!! aku hutang korang ke korang hutang ngn mak aku??!! ko ckp mcm aku nk mintak sedekah kt korang kan?? sedangkan hutang bkn main liat nak byr.. x der rase malu ker?? then pakcik2 yg duk mengeteh tu pun gelak2, tanya anak sape tu? "Ala, anak si indon tu la".. perrghh, nasib aku kecik lg time tu kalau x, aku simbah teh panas kt muka korang!.. astagfirullahalazim eta, ngucap banyak2... istigfar... ok2, cool... cool balik...jangan emosi(sedapkan diri sendiri). Macam2 lagi la, aku x cakap semua..segelintir orang yang berfikiran sempit.. Satu kejadian aku ingat, aku nk p celebrate merdeka kt KL ngn family aku. Mmg parents aku akn bawak anak2 klu new year n National day kt pg celebrate tgk bunga api, budak2 kan mmg la suka.. yelah, dr kecik mmg tiap2 minggu kot lpk KL je umh pakcik aku KLCC n Menara KL tu pun naik depan mata kiteorang.. so, thats normal in our family. Then kawan aku nak ikut, aku ckp la mintak izin parents dulu..dorang yg mati2 nk ikut join family aku skali. then parents dowg x bg.. aku x tau la dye mintak izin mcm mne.. nak ikut, masuk kete.. x nak sudah, janji parents tau.. Bila dah celebrate2 tido umh pkcik aku then esoknye trus blik umah Klang blik.. smpai umah mama suruh la p kedai ikan xjauh dr umah aku, dah la aku terdengar org ngumpat pasal aku.. "si eta tu nk ajak anak aku pg KL celebrate merdeka katenye.. si er tu x reti jaga anak ker bersosial2 mcm tu.." yg sorang lagi menjawab, yelah kak oi (gaya2 makcik kampung mengumpat,korg imagine sendri la) kang nk sambut merdeka body yg termerdeka!.. nak ajak2 anak orang pulak".. - hello, aku pg 1family aku kot.. aku bkn pg sendri. lg pun anak ko yg nk ikut aku,sikit pun aku x ajak. sedap korang fitnah n ngumpat aku ea x sedar aku ada kt belakang korg dengar korang mengata.. pastu aku hempas cili api yang aku dah amik dlm plastik atas meja kaunter sebelah dorg terperanjat beruk ea.. terus aku blah!!

BALASAN. Lagi sekali aku hidup 100% percayakan kuasa tuhan, tuhan maha adil..Ini antara balasan tuhan yang aku dah nampak pada orang2 yang jahat dengan aku. sape yg buat x baik tu tuhan akan tunjukkan di dunia kan..  sape yg jahat mulut tu(x nak mention sape) anaknye baya aku dah jadi doktor..mesti korg angkat kening kan, tp jln silap bkn doktor DR. pangkal nama ye.. maksud aku doktor sendiri... paham2 je la ye.. astagfirullah, mintak jauhkan dlm keturunan aku.. anaknye lagi sorg lak sakit excident trus mcm x betul.. wallahualam.. sape yg ckp aku terkorban body tu, sila la cek anak sendiri dulu ye makcik oi... anak2 hang tu dpn rumah buat project, bkn main sosial lagi dah mcm b**s*a(oppss) kampung dah dan laki hang kena tangkap basah ngn pompuan lain pe kes.. tulaah, duk bercakap pasal anak orang, family sendiri x terjaga..yaallah, jauhkan la keaiban mcm tu dlm keturunan aku... tuhan balas cepat jer.. yang sorang lagi ni anak kawin cepat, tetiba jer..wallahualam bisawab.. tuhan je yang tahu aku x nk cakap lebih2 kang jadi fitnah aku lak yg dosa.. Just untuk peringatan diri sendiri.. aku masih ingat satu rangkap dlm pidato aku, "Ayah kecing berdiri,anak kencing berlari-lari".. maksudnya, kalau ibubapa pun x betul anaknye macamana pula? aku bkn nk kate ibubapa aku perfect, tp they all slalu remind aku supaya jgn sesekali sombong dengan orang, walau dimana kita berada..setinggi mana kita pergi asalnye dibawah juga... Hari ini kita menyakiti orang, hari esok orang tu akn menyakiti kita semula.

Bukan nak berbangga jauh sekali nak menjatuhkan air muka seseorang, niat ku hanya la untuk berkongsi apa yang terbuku dihati selama ni.. aku nak berkongsi pengalaman hidup aku yang membuatkan aku jadi kuat(sekuat tiger..hehehe), mungkin x sama dengan rakan sebaya aku yg lain.. Alhamdulillah, diusia 25tahun ini pada penghujung hari 2012 ini aku boleh berbangga dengan pencapaian aku. x der la bagus mana pun tp kalau nak dibandingkan dgn rakan2 sebaya yang suka merendah2 kan aku time kecik2 dulu,perlekehkan aku,hina aku, aku rasa bersyukur sangat dengan pencapaiaan aku sekarang. Ada ada bisnes dan syarikat milik sendiri, mempunyai career lain dlm bidang engineering yang stabil dengan jawatan yang agak baik di salah satu syarikat swasta beribu pejabat di Finland dan masih menuntut di UTM secara partime(dah nk grad dah pun),kereta yg agak ok(dah nk habis loan dah pun, tahun dpn plan beli sebijik lagi skrg pye bg mama),  dan memiliki rumah sendiri. Dan aku mempu sara ibu aku dan dua orang adik aku yang menuntut di asrama kedua2nye.. Belanja yang agak tinggi setiap bulan memandangkan masing2 blajar di Perak. Semua tu ku capai diusia 25tahun(2012)!!

Aku bukan anak orang kaya, ibubapa ku hanyalah seorang perantau. Tp pengalaman zaman kanak2 aku yang cukup mendera perasaan aku membuatkan aku jadi kuat,tabah,sabar dan tak kenal erti penat dan putus asa. Dikala rakan2 sebaya megharapkan duit dr ibubapa, aku dah dah mula belajar bisness.. Aku masih ingt bisness pertama aku ketika umur 11tahun aku jual sticker kt kwn2 sekolah..modal aku RM2(modal lain minyak sume kira ayah aku la..hehehe), untung aku RM12..bkn main suka aku byk tu RM12 masa tu, bdk2 lagi.. then aku start keje lps PMR sebulan time bulan pose aku dapat gaji RM600. Banyak gile time tu.. aku belikan meja jati kt ruang tamu time malam raya tu. =) balance aku beli handphone 3310. duit sendri titik peluh sendri.. aku sorang je pkai dah hp time tu..then cukup jer umur 16tahun boleh kerja, aku kerja promoter kt Jusco and Parkson selama cuti sekolah sebulan tu.. aku dapat RM1100 masuk OT kaw2 masa tu..dikala kwn2 lain duk main2 lenggang kaki cuti sekolah kt umah, aku kerja 101m-10pm sblum masuk form5.. Sbb aku dah biasa susah boss aku mmg sayang aku sbb workhard x cengkelat. Bkn boss aku jer, bos2 brand lain pun. sebab dorg suka cara kerja aku dorg akn call aku jer klu nak pekerja lg2 time cuti sekolah. maknanya kerja dah menanti aku.. duit masyuk.. hasil titik peluh aku. tp aku x abaikan pelajaran sbb aku skolah asrama kan, time cuti ke la. Lps SPM aku xyah cari keje,kerja dah tunggu aku.. hari ni last paper esok trus keje.. syukur rezeki yang tuhan bagi. x yah la aku nk mintak duit parents aku.

Lps result kluar aku x dpt masuk mane2 sedih, mungkin bukan rezeki aku, aku x buat rayuaan pun n aku amik Form6.. tp aku masih keje partime,boss x bg berhenti.. masuk kol6-10mlm.. Bdk2 kelas aku ckp pe la ko ni nk study study je lah betul2, ni keje..ko ni susah sgt ker? parents ko dah x mampu ye?.. YaAllah, tuhan je lah tahu time tu.. then aku jwb aku x nk menyusahkan parents aku x reti berdikari harap duit mak bapak. Aku balik keje kol 10pm aku study smpai kol2am tau.. ko pe tau? kalau ko larat? gelak besar dorg sbb x caye..muka ko nk study? masuk sekolah pun kol8(sbb aku mls msuk assembly pagi yg tah pape) balik kol11 or 12(lps abeh class-wat pe tunggu smpai kol1.30) dengan merempit naik 125 nye. mentak2 naik moto ske2 kluar masuk. Ske ati aku la, korg pun bukan study, borak jer..baik aku balik tido. kumpul tenaga keje. Last2 lps dapat result pointer aku lg tinggi dr dorg yang perasan perfect tu... hahahaha... dengan bangganye aku ckp kuat2, hello... sekarang sape yang blajar full time spe yg keje blik kol10pm ni?? kalau result pun tah pape baik x yah la wey...pg blik la x yah skolah!! mmg aku bongkak!ske ati aku la, aku dapat result mcm tu sbb usaha aku study pas abeh keje.. korg ada?? huhuhuhu.. Aku mmg target smpai lower6 jer, pastu aku dpt poly intake January aku blah la.. x kuasa aku,aku bdk engineering bkn bdk skolah lg nk campur ngn org2 pikiran sempit mcm tu, x kuasa aku nyah,..buat hal sendiri lg bagus..huhuhuhu..Sekali lagi aku tekankan, jgn suka pandang rendah kt orang(walupun aku mmg rendah pun), perlekehkan orang dan menilai orang dari luaran.. peringatan untuk diri sendiri juga..

Sekarang bila dah besar,baru la semua nak bukak mata. Baru la nak baik2 ngn family, tp x semua gak.. ada lagi yg busuk hati tu x leh tgk orang lebih dr anak dia.. huhuhu.. dlm 3bln lps mama cite kt aku si makcik ni tye anak ko keje mne er, ckp la kilang kt port klang. Then makcik yg sorg mmg x puas ati dgn aku dari kecik menyampuk.. " ala,kalau keje kilang susah, nnt kalau bankrup, habis x keje langsung. Jadi la mcm org depan tu yg jual kuih tepi jln tu,kilang bankrup!!" Walawey!!!..Heloooo, ko ingat aku ni lepasan SRP ker?? SPM?? i'm Mechanical Engineering graduate ok!! campak je la mana2, insyallah izin tuhan keje datang kt aku. Stakat anak ko keje tuttt jer..lepasan university yg production graduate tu x yah la ko nk pandang rendah kt anak orang. Aku ni belum lagi abeh degree, tp alhamdulillah dgn umur 25thn apa jawatan aku sekarang? Bdk lepasan degree pun blom tentu boleh dapat kepercayaan macam ni. Harapan syarikat tau, bkn nk sombong, tp klu aku busuk hati la aku blah je sekarang lintang pukang la nanti sbb benda paling penting dlm syrikat tu fully under my control. Aku sorang yg control system tu,aku sorang yg develope formula dlm tu, sume ada dlm kepala otak aku.. x der save kt mane2 file. Anak ko boleh keje bersengkang mata smpai kol3pagi,4pagi semata2 nak communicate pasal kerja dengan partner Factory kt USA yg beza waktu 13jam dr kita? Then bangun pagi masuk lewat 1jam jer? Keje time MC yg trok sangat, keje time admit? Kalau anak ko hilang keje mmg susah la nak dpt keje stakat mcm tu jer.. So, please la.. mcam bagus nk pandang kat orang kan.. henti2 kan la sikap buruk anda tu.. tuhan kata DOSA KITA DENGAN TUHAN, TUHAN BOLEH AMPUNKAN KALAU KITA BERTAUBAT.TAPI DOSA SESAMA MANUSIA KALAU X DIMAAFKAN CARI LA AKU KT PADANG MASHAR NNT YE...

Fuuhhh, sedar tak sedar dah nak kol2pagi dah.. rase cepat je mase berlalu.. Alhamdulillah akhirnye aku ada kekuatan untuk mencoretkan nukilan hati aku yang aku pendam selama ni.. dalam blog milik aku!.. Mungkin bosan duduk dah 4hari ditahan di wad Hospital Pantai ni, aku taiplah isi hati aku dlm entry ni..  Sekali lagi aku ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mungkin terasa hati dgn coretan aku, tp ketahuilah bahawasanya semua ini datang dari hati aku 100% pengalaman hidup aku yang aku dah lalui selama 25tahun hidup sebangai anak seorang perantau yang betul-betul menguji emosi,perasaan dan ketabahan aku untuk menjadi sumber inspirasi aku untuk terus berjaya hanya kerana Allah dan keluarga ku yang tercinta. Anggaplah apa yang telah terjadi telah membuatkan aku menjadi insan yang lebih menghargai hidup dan apa yang ada disekeliling aku.Semoga aku akan terus kekal dengan eta yang dulu,sekarang dan selamanya.. Kepada sahabat2 baik aku, yang x pernah menyakiti hati aku, sentiasa menyokong aku dan tak pernah busuk hati, kalian la segalanya bagi aku. Terima kasih keran sudi menjadi sahabat yang sangat baik dan x pernah memandang rendah atas kekurangan diri ini.. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang sangant openminded, x ada diskriminasi terhadap aku, mengajar aku dengan seikhlas hati dan menjadi guru yang sangat beretika sehingga aku  berada ditahap yang sekarang. Kekuatan aku datangnya dari Allah yang maha adil dan berkuasa. Sesungguhnya hidup kita umpama roda, jangan sesekali kita menghina orang, memandang rendah kepada orang lain kerana segalanya Allah yang tentukan yang Maha Adil lagi bijaksana.. Wallahualam... Wassalam..

Nukilan hati,
Eta (anak seorang perantau)

2.34am 30/12/2012 Tingkat 2, atas katil Wad B17 Hospital Pantai Medical Centre Klang.



Saturday, December 29, 2012

Admitted at Pantai Medical Centre Klang

Assalamualaikum...

Time aku tulis entry ni aku tgh admitted dekat Pantai Medical Centre Klang due to supplement gland infection.. aku ingat x der pape la.. sempat g masuk opis meeting then baru p Klinik.. Doc ckp dye x leh buat. Doc trus prepare surat mintak refer Hospital. Aku x p hospital sbb aku ingat biasa jer.,. Esoknye sume officemate suruh p hospital gak..  Aku berat ati nak p sebab stock count dah dekat wey... Banyak benda kene prepare.. dah la nk dekat exam lagi...

Satu lagi sebab batuk aku x benti2 dah lama sangat... then aku asik demam jer.jap2 demam, doc pun dah naik bosan gaknye tgk muka aku... hehehe... Bile refer specialist baru tau aku ada syntom permulaan asthma.. OMG!!! What??!!! aku terpikir blik, aku aktif sukan gile kot time skolah dulu..cam x caye jer aku leh kena benda cam ni... urrrmmmm,....baru beli kasut futsal baru wey!!,... Belum rasmikan lagi...ishhhh.....

Bengan btul lama tunggu time nak admit tu.. Dah called aku kol5 ckp bilik dah siap, tp aku smpai kol5.40.. then kene tunggu smpai kol6.45 baru ada orang nak bawak aku naik bilik... Gile lama aku tunggu.. dah la sakit kepala, dah macam GH dah..gergerhger.... Nasib baik guna ING Insurance.. so sume kos aku x tak tanggung la.. Dapat lak VIP room single bed je sorang satu bilik.. bangus!!!!!!!




Masuk2 jer trus nurse bagi injection kt tangan.. Then mlm masuk air.. 1pack jer.. OMG, 1st time kot kene benda2 ni lps 25tahun aku idup...then dye ada bagi aku satu ubat.. dlm 1/2jam pas tu trus aku batuk kaw2 pye.. mcm nk pengsan.. aku trus tekan button panggil nurse. aku srh nurse bkk air tu aku nk p toilet..habis muntah2 aku, tak tau nape... tetibe siap selsema lg..gile.. then aku kumuh 1 ubat ni.. ada kurang ckit la..


Akan tetapi, apakah daya... aku kene keje gak dari sini.. nasib ada WIFI.. keje x leh tinggal la.. aku pun x tau nape.. tanggungjawab stock count 31hb ni kan.. mne leh x der sedangkan System aku yg handle.. nak tak nak kena kerja.. tp aku x kisah pun, dah tanggungjawab aku..klu bkn aku yg buat sape lg kan.. yang penting hati kena ikhlas, baru nak buat kerja pun senang.. kan,kan,kan



Makanan lak, makan la pe yg ada.. order pe nak, then makan la... sedap x sedap letak la tepi.. name pun makanan orang sakit kan.. nak sedap, p la mkn kt hotel..huhuhuhu... aku pe yg x sedap, tolak batu ngn kayu je..hehehe....

Pilih2, sila pilih n tick je menu tok esok ea.. huhuhu
Pe aku nk buat mlm ni? tgk bola n layan fb jer la.. rmai gak datang ari ni jenguk aku..time kasih kawan2...hehehe...

TQ epong teman aku mlm ni..jaga aku..(jaga la sangat kan)..hehehe.. sian stock selimut dah abeh..

Ari kedua aku p X-ray, Scan untuk cek paru2 nk cek asthma n scan untuk scan supplement tu.. yup, mmg ada tanda2 baru asthma n besar kemungkinan sbb kucing nama Lassie kt umah tu.. dye x brapa sihat,,..kucing parsi org buang datang umah aku sendri.. asik batuk2 jer, truk lak tu.. n doc caya puncanye tu. trus esok nye mama bagi cousin aku yg kt KL tu..dye sanggup jaga.. Blackwood n susu dye aku akn sponsor la.. nasi mmg dye x makan..

Aku akn discharge ari Isnin insyallah... 5ari kt cni, agghhh... semak otak aku..mmg aku x kuar langsung dr bilik ni... nak p mne kan.. cepat la isnin, aku nak balikkkk!!!!...

Semoga tahun 2013 ni akan memberikan kesihatan yang lebih baik pada aku... =) ameennnn....

Saturday, June 30, 2012

Hatyai, Thailand (DAY 2)

HATYAI, DAY 2

Assalamualaikum....

Ok, hari ni hari kedua aku aku kat Hatyai ni. Ape kami akan buat ari ni?? hehehe... aku pun tak tahu, so follow je la tour guide ni. Jangan banyak cakap..hohoho..
Kalau u all ke Hatyai ni jangan lepaskan peluang ke Songkhla Beach ok.. sebab kat sana tugu gold mermaid yg agak seksi betul2 kat tepi beach tu.. beach dia memang cantik, pasir putih sejuk mata memandang.. cehcehceh.. ikut sejarah, Songkla dulunya merupakan pelabuhan perhentian bagi pedagang dari India, Parsi dan Tanah Arab. Dulunya Songkhla di panggil "Sing  Lha".  Korang tengok la pantai ni, sangat la bersih, air jernih, n pasir yang putih bersih.. Aku dah confius jap, nape tak ada orang pun yang mandi kat sini?? huhuhu
   
Songkhla Beach.. memang cantik..


Aku jadi tugu negara ke ni??

 
Ohh, apakah yang aku sedang lakukan??
Adik, Aki, kak Hendra, Leela and aku yang cute miut!! ^_^
Duyong ni adalah trademark kat hatyai ni.. Cantik kan? tapi agak (bukan agak, memang) seksi pun..hehehe Kalau you all ke songhkla beach ni jangan lepaskan peluang snap2 pic dengan si cantik manis ni ye.. tunggu turn la, kadang-kadang ramai. So lepas tangkap-tangkap gambar yang sangat la banyak (biasa la aku kan diva..hahaha) dah nak gerak dah..lokasi seterusnya adalah makan... tapi kat tepi beach ni banyak orang jual2 sourvenir
Pekena air kelapa dulu..memang uurrmmm...!!!
Bergambar dulu..Haltonian
 Korang penah rasa sarang burung tak? Bird nest.. bird nest adalah salah satu makanan yang patut dicuba kalau dah sampai ke Hatyai ni. Tempat ni merupakan tempat pemprosesan bird nest dan halal.. aku tengok ada warga Muslim Thai yang makan jugak dalam tu so aku pun tanpa was-was try la bird nest ni. Memang sedap wey.. aku makan perisa longan..hehehe.. Must Try!!

Bird Nest Halal must try!!
Poyo je ni..hehe
So lepas kesana-sini kami pun pulang ke hotel and free and easy.. apa lagi peluang tu kami gunakan la untuk jalan-jalan jelajah satu Hatyai town..hehehe.. naik tut-tut tambang 20bath lebih kurang RM2 la..

Tut..tut..
OK, sebelah malam lak kami ada dinner kat hotel tu.. ada luckydraw and soalan2 berkenaan company. siapa dapat jawab dengan betul dia dapat 500bath! gile sape tak nak tambah lagi RM50 duit kocek aku. Shopping2.. aku dapat la jawab satu soalan. nak jawab lebih-lebih tak boleh. Tak aci katenye. hehehe

 

 Lepas dinner, takkan la nak duk hotel kan.. so apa lagi? malam last kan kami pun naik la tut-tut pegi pasar2 malam kat sana. Sana ada dua pasar malam. Satu dekat bus stand  kat sana tak ada pape pun. Besar memang la besar, tapi tak ada souvenir la untuk di grab.. banyak baju2 budak2 yg RM10 tu biasa kat pasar malam kat Malaysia ni. Memang tak la kan nak beli.

So lepas makan (makan lagi) kami decide pegi pasar malam yang lagi satu dekat dengan hotel kami. So kami gerak satu tut-tut tambang still 20bath/person. tak kira jauh ke dekat still 20bath kalau dalam town Hatyai. Luar town kira lain la ea, sume nak sama lemak la!!hahahaha...

Jemput makan korang!

Pilih bang, lapor sangat ker?? hehehe
 Ha, pasar kat mall ni lagi la best baru la betul-betul untuk tourist. Aku grab baju T-shirt, keychin, magnet (itu wajib).  Korang nak tahu, ada muslim jual makanan macam udang besau2 wey, tercekik makan. harga pun besau, RM40/ekor!! gile nak tercekik aku dengar yang besar lapadahal kepala dia je yang besar. Badan tak banyak isi. Kami pun berlalu pergi..huhuhu

Lepas tu kami balik la tangan pun dah penuh.,menapak je ke hotel dalam 10minit je. Leh la jalan2.. Tengok orang buat tatoo. eeuiiww, tak sakit ke? tengok pun dah ngeri..  Jam menunjukkan pukul 12.30am. Tapi rasa2 malam masih muda kan? takkan nak masuk bilik tido kot. Aku dah la bilik sorang(memang senang lenang berguling-guling la) then tetiba adek(name je adek, umur dah lanjut..hahaha) bagi idea pi karaoke kat hotel kami stay tu. ok gak kan?? pe lagi..aku yang tak suka karok ni pun melayan gak!! hahaha... karaoke time!!!

On the way balik hotel. Menapak je dalam 10minit sampai.

Korang nampak aku dimana???hehehe
Masing-masing sibuk pilih lagu
aku dengan penuh emosi!!

Thanks adek blanja kami ramai2 ni karok..hahaha.. lain kali belanja lagi ye. :)
dlm kol2 lebih kami pun ramai2 naik lif nak masuk bilik. otw masuk bilik tu kiteorang dengar kecoh2 kat bawah, and tetiba kiteorang dengar bunyi.........BBOOOMMMMMMMM!!!BOOMMMM!!! wweyyyyyy apa tuuuuu????!!!!!

Dengan sepantas kilat semua lari masuk bilik sape tah time tu yang paling dekat. Memang sume muka cuak gile. Eh, bunyi apa tadi tu?? macam bunyi orang gaduh and bunyi pistol. biar betul? Hotel ni kena attacked ke macam JW Marriot Hatyai last 2 weeks?? Kami pun teringatkan bom yang diletupkan di hotel JW Marriot last 2weeks yang tak jauh je dari hotel kami tu meragut 4orang nyawa kalau tak silap aku. Semua takut nak keluar. Gile, mau tetiba ada terrorist datang acu pistol kat kepala kiteorang and buat kiteorang sebagai tebusan, mau tak nanya? kat tempat orang lak tu.. Ish, jauh sangat imagination kami ni..abeh takkan la nak duk dalam bilik ni ramai2 sampai pagi?? so pelan2 kami keluar lah.. tinjau2 macam pesalah..

Kami tinjau kebawah, and tengok apa yang dah jadi?? Betul ke hotel ni kena attacked? dan apa yang kami nampak??? OMG!!! Oh My God.... ada party kat bawah and they all main letup-letupkan belon!! ok, korang, aku ulang balik ye.. letupan BELON! bukan pistol or Bom macam jangkaan imiginasi terlampau kiteorang ok!..hahahahahahahahahahahahaha...... macam nak pecah perot kiteorang gelak.. sampai la ari ni kalau aku ingat mesti aku gelak sorang-sorang macam nak gila..hahaha.. memang imiginasi terlampau!
Tapi kami tak salahkan diri kami sebab mungkin kesan dari trip nak pegi Medan tahun 2009 hotel yang kami bakal duduk tu kena Bom dengan penjenayah and JW Marriot lak kena bom 2minggu sebelum trip kami. memang macam2 la yang terlintas difikiran kan..hahahaha... lawak2~ ok, aku dah sakit perot gelak ni..

Sambung entry berikutnya ok.. Salam.. :)






Friday, June 29, 2012

Hatyai Thailand (DAY 1)

Assalamualaikum~

Entry kali ni i nk update pasal last trip ke Hatyai, Thailand.. Aku dah pg ngn sume 1family halton. Pg 3 hari 2mlm jer, agak kedekut la boss aku..eh, bersyukur la boleh pergi holiday, dari tak ada kan..hehehe..yang yg paling best is treasure hunt!!! yuhuuuu~

FIRST DAY (29th June 2012)

Kami naik flight awal pagi pukul8.30. Perjalanan mengambil masa kejap jer, aku rase dalam sejam je kot.. lupe la. sampai je kami terus pegi lunch dekat restauran Muslim yang berdekatan dengan JW Marriot Hotel yang kena bom tu.. just cross the road. Makanan memang sedap, macam biasa la kalau ke Thailand tomyam dye...perrrghhh, meleleh wey,..hehe.. kami check in di Hotel Sakura,Hatyai. Ok la hotel ni.. aku yg memang dah selalu travel sorang-sorang tak ada prob nak stay dalam bilik tu sorang sebab aku tak ada partner lain dalam arrangement bilik time tu.. x kan aku nk share bilik ngn laki lak kot kan..hohhohoho... Hotel ni 4star aku rase. Dalam hotel ni ada karaoke dye sendri. Cakap pasal karaoke nanti aku cite ye.. hehehe..

Lepas relax2 jap dlm bilik, kol3 kami diminta kumpul di lobby.. hah, yang ditunggu2.. Treasure hunt.. Pada asalnya travel agent tu plan nak bawak kami ke floating market. Tapi untuk trip kali ni, boss aku dah x nak dah p shopping2 turun naik bas.. lawat sana, sini... semak dan bosan... wat something activity macam ni kan best.. kami btol2 hunt,hunt,hunt kt town Hatyai tu.. yang bestnye sume local kt situ ikut excited tgk kami lari kt tengah2 town tu.. mana yang tau speaking English siap datang offer kan diri untuk tunjuk jalan or tempat..memang best. tp nak senang aku guna GPS hp aku.. sangat membantu gak la, senang nak cari tempat walaupun penggunaan GPS adalah dilarang sama sekali.. tp biasa la, "ada aku kesah??" hahahhaha

Antara benda yang kena buat dalam aktivity salah sorang dari group member kena pakai custom tradisional masyarakat Thai.. kami apa lagi, subra la pilihan yang terbaik.. hahahahahaha, macam nk ecah perut aku tgk subra. habis dia kena bahan ngan budak2 lepas tu..ekekeke...ini bukan putera dari kayangan, ini putera kena sambar petir..ekekeke, sorry subra.. gurau2 je..hehe

Klakar la Subra ngn custom tu..hehe

Antara lokasi2 treasure hunt yang kami perlu pergi macam shopping complex, tokong, railway station n kedai2 cenderahati. Macam gambar kt bawah ni ada kat betul2 depan shopping complex yang peling besar(x der la besar pun). kt sini la kami banyak habis masa sebab nk cari perkataan yang ada kt luar cermin  tu.. nak tau brand pe, adeh..penat gile mencari2..pening.. rupe-rupenye kt luar..adehhhhhh
Uncle sorang tu la yang tunjuk jalan macam mana nak p Hatyai Railway Station. tq uncle!! hehehe

antara lokasi2 trasure hunt
korang ni dah la lambat, posing jer lebih..hahahaha.. Kami group "K". aku pun x tau the meaning of "K" tu sebenarnya.. ?????????????????
Sibuk tye information ngn uncle tu..luckly he can speak english..hehe

Ni bangunan station keretapi. klu nk amik dari kl leh trun sini la ye.. hehe 
 Macam best jer kan klu naik railway dr KL...ni harus dicuba ni..mcm best jer..hehe..nnt aku usha la..leh bawak mbr2..pe ssh, amik ticket kt KL sentral duduk la brapa jam dlm tu smpai la sini..hehehe.. kalau korang sanggup la duk lame2.. dah macam p Europe dah kalau duduk ddalam tu smpai 13Jam kan?? hehehe... Tambang tiket? aku x pasti la plak...hehehe.. korang Goggle sendri la ye. Tapi betul la, aku patut try datang sini naik train.. nanti aku voice out kt kawan-kawan aku or ada antara korang nak ikut ker?? hehehe... lagi satu aku ada nampak Bas dari Malaysia. Transnasional tak silap aku. Yang aku tau memang ada bas direct dari Klang Sentral pi sini.. aku penah tanya tambang lebih kurang RM80 one way.. not bad la kan, tp menahan la 13jam beb... huhuhuhu.. kalau rase2 nak why not kan.. tp aku rase AA pun ada gak offer murah2 return bawah RM200.. so pilih la yang mana korang nak.. :)

Posing dlu..
Ok, yang ini aku kt railway station. Sini la station kalau u all datang hatyai dr Malaysia. U all boleh amik train dr KL central trus Hatyai. Last sekali kami x menang pun..hehehe.. tp x pe la, yg penting bestttt..terbaik la!~

Then malam tu kami dinner kt hotel Sakura tu.. boleh la, lapo punya pasal kan.. seafood.. hentam je la.. halal, kena yakin. Chef dye pun muslim. Lepas makan, kami pergi jalan2 night market dulu.. penat punya pasal balik cepat.. buuummmm, tido!!

Next Entry -------> PART 2

Saturday, February 11, 2012

Gunung Merapi, Indonesia

Assalammualaikum..

Seawal jam 5.00pagi orang hotel dah ketuk bilik kami suruh bersiap. Kami perlu bergerak jam 6pagi dari hotel untuk ke kaki gunung. Misi utama hari ini adalah mendaki Gunung Merapi!!..(Gunung berapai aktif yg paling tinggi kt pulau sumatera). Waktu tu gunung ni selalu batuk-batuk. Seminggu sebelum tu aku call orang sana dia cakap gunung tu dalam RED ZONE, means tak boleh naik la!!... Tapi nasib kami baik time kami nak mendaki tu kawasan tu dah diishtiharkan selamat tapi tidak digalakkan untuk mendaki. Untuk pengetahuan u all, kami ni bukan la berstamina pun. Seminggu sebelum datang sini aku ada la pegi jongging sikit-sikit. tapi tak ada la stamina mana. Tapi semangat mengatasi segala-galanya.. Misi ni perlu diselesaikan! Yeahh...

Lepas menikmati breakfast yang sangat simple, (hotel sediakan set roti bakar dan teh O) kami gerak menaiki 4x4 menuju ke kaki gunung. Perjalanan mengambil masa 1/2jam untuk sampai  kekaki gunung.. Sebenarnya kami memang nak plan mendaki ni, tapi memandangkan seminggu sebelum tu masih dalam red zone aku tak ada la prepare sangat. Confirm mendaki cuma petang sebelum nak mendaki tu je. So malam tu sempat la kami beli kasut di kedai memang khas untuk hiking!.. Aku beli sandal khas hiking(yang bertali-tali) tu dengan harga just rp100k(RM30). Murah kan?? Dan sandal tu masih utuh,kukuh kental berbakti untuk aku pergi hiking sampai hari ni. (July 2013)

Ingatkan Roni pergi sekali, rupanya tak. Dia ada hal family.. So, guide kami namanya dah lupa la.. pak sape eh, hahaha... bekas guru bahasa english. Apak ni umur dah 55tahun, tapi kuat lagi bawa barang 10kgs iaitu makanan untuk kami sepanjang climbing nanti. Sepatutnya, kami naik sekali dengan tourist dari Poland, tapi last minute tak jadi lak. Dorang naik the next day. Kalau tak boleh dapat murah sikit charge nak mendaki ni. Charge yang dikenakan utk seorang rp300k(rm95). Not bad la..makanan dia bekalkan, air pun dorang gak, tapi cuma kami la yang perlu bawa..hehe..
ni pic before nak start pendakian
Tinggi gunung ni 2990meter dari aras laut. Tempoh pendakian yang sering dilakukan selama 4-6jam ikut kepantasan pendaki.. dan kami 5jam..hehe.. Perjalanan memang best, tapi kami ikut trek yang senang. Yang senang tu pun dah mencabar gila, kalau trek susah tak tau la macam mana.. Apa lagi, jom ikut pendakian kami!!!
15minit pertama, memang semput gile!! Lepas sejam hilang dah.. Guide kami tak paksa kami, dia cakap jalan maintain jer,relax-relax mcm mkn angin sambil menikmati keindahan flora dalam hutan tebal ni..Trek memang adventure gile, walaupun tu kategori senang. Semua badan bergerak dan berfungsi. Merangkak,tunduk,panjat,sume ada la.. Masuk macam dalam gua kecil yang sempit, tergelincir sebab licin, panjat lereng batu yang betul-betul licin dan bila-bila masa boleh jatuh dalam gaung. Kami berhenti setiap 30minit.. Berhenti dalam 5-10minit dan kami start jalan kembali. Kang berhenti lama-lama lambat sampai pula. Tiap kali berhenti kami makan la sikit alas perut. Makan roti, kuih yang apak tu bawa.

Pic bawah ni time dah nk smpai puncak gak..budak berdua tu lem la, tgk bpe jauh aku tinggalkan dowg,,hahaha,..steady!! 

penat wooo..dah nk smpai puncak

 
Daki dengan tongkat azimat
Pic atas ni dah nk smpai puncak. tgk sume batu2 gunung berapi jer..lagi jalan dah batu lagi penat n lambat sbb perlukan byk tenaga. Tahukah anda, semakin hampir ke puncak semakin panjang masa yang diambil untuk mendaki?? Rasenye tinggal 300mtr je kot, t amik masa hmpir 1/2jam!! sebab semua batu2 kecil dr gunung berapi dan makin curam..

diselubungi kabus
Tepat Jam 1tengah hari, kami pun menjejakkan kaki di puncak gunung Merapi! Waktu tu hanya tuhan saja yang tahu, Yallah!! Sungguh agong ciptaanMu. Menakjubkan!! Aku seperi berada di satu kawasan yang tak pernah ada orang sampai kesini.. Perasaan yang tak boleh diungkapkan melainkan kalian daki dan sampai sendiri kesini. 



Kawasan pertama yang kami lihat adalah tugu yang menandakan kami sudah sampai di Puncak Gunung Merapi, gunung berapi yang masih lagi aktif hingga ke hari ini. Macam gambar diatas dan dibawah ni. Aku memang bawak siap-siap bendera kecil Malaysia dari rumah lagi. Dan, niat aku tercapai untuk mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung berapi ini. Alhamdulillah..

kami lah hero!! ^_^
Kalau korang lihat tugu yang kami bergambar tu adalah tugu peringatan kepada dua orang pendaki warga Eropah yang terjatuh kedalam kawah gunung berapi. Salah seorang dari mereka cuba untuk menyelamatkan rakannya malangnya mereka jatuh bersama. Aduuss, ngeri pulak dengar. Kacau feeling aku lak tetiba. Ngeri! 

Cuaca panas terik waktu tu, tapi sejuk. Agak susah nak bernafas mungkin sebab berada dikawasan tinggi, tekanan oksigen semakin rendah. Kami nampak seluruh Bukittinggi desebalik awan-awan yang agak tebal. Tapi, yang menjadi persoalan selepas puas bergambar ditugu tu, dimana Gunung berapinya? Ini je ker gunung berapi tu? hmmm... Rupa-rupanya aku silap, ada dua kawasan menarik disana. Satu tugu tu, dah kedua tentulah Gunung Berapi yang masih aktif itu. Apak tu berjalan dulu, dan memanggil-manggil kami pergi kearahnya. Aik, tadi dia kata tak boleh pergi kawasan tu, dah masuk red area. Sekarang panggil pula??. Kami pun berjalan diatas tanah yang rata lebih kurang 300m.. luas kawasan tu. 

Boleh bace pe batu tu tulis??
Aku bangga jadi akan Malaysia!!! aku berjaya kibarkan bendera Malaysia dinegara seberang n di puncak mereka..hehehe.. aku bawak bendara ni dari Malaysia tau! walaupun kecik, janji ada something about Malaysia yg boleh dibuat kenangan kt sini.. kan?kan?kan?... Aku dah tinggalkan bendera ni kt umah nenek kt Pekanbaru..saje nk membakar cousin2 aku..hihihihi




kami bangga dapat kibarkan bendara Malaysia di puncak

Selepas kami daki sikit bukit tu, macam gambar kat atas ni, nun jauh hujung sana, tetiba, wowwwwwww!!!... Subahannallah!! Aku terkedu time tu, aku berada betul-betul di depan kawah gunung berapi aktif yang berkepul-kepul mengeluarkan asap. Tak pernah perfikir dek akal aku, aku akan menyaksikan keagungan ciptaan Allah ini. 

Sejuk woooo....
Korang cuba tengok yang putih-putih asap tu, tu lah kawah gunung berapi. Kalau dia meletus, lava akan keluar dari situ. Kawah yang depan tu, adalah kesan kawah yang pertama meletus pada tahun 1925. Maka terbentukkan kawah yang kedua.Gunung tu masih aktif, dan smpai sekarang masih batuk2. 

hasil letupan pertama tahun 1925
Cuba bayangkan kalau gunung tu meletus?? urrrmmmm, tak yah meletus la..kalau batuk2 pun cuba imagine sendiri la.. tapi in indonesia ni tak ada kawalan ketat untuk pendaki.. sape je leh naik, tak  der tulis2 name or register pun. Sangat berbeza dengan Malaysia yang perlu register sekurang-kurangnya 5-3bulan before mendaki. Kalau la ada budak sesat ker, gunung tu dalam kawasan red line ke, ada ke sapa-sapa yang tahu siapa yang ada diatas. Tapi alahamdulillah setakat ni tak pernah pula ada masalah mencari orang hilang kalau ada terjadi la..


Kawasan ni amat luas, apak tu relax-relax je goyang kaki sambil hisap rokok dan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Dia cuma jerit pada kami, hati-hati ya, jangan sampai jatuh. Susah apak nanti. Yelah, mau tak risau. Dia tengok kami excited sangat amik-amik gambar.  Korang jeles tak tengok gambar-gambar kiteorang? Hehehe...


hehe..background smart gile
Aku suke pic bwh ni..nmpak smart gile.. nak suruh guide tu amikkan dye jauh lak duduk melayan blues.. :P Mbr aku letak camera dia kat tanah, dan terhasil la gambar ini..Biarkan ia yang berbicara..hehehe,..


Smart gile pic ni..
terkejut tgk tetibe asap berkepul2 keluar
Tengah syok2 amik2 pic menikmati pemandangan indah ciptaan tuhan tetibe,asap yang keluar makin tebal dan trus berkepul2.terkejut aku, cuak gak la!!... aku ckp, "wey, asal ni wey??" tetiba jer... alamak!! nk meletus ke?...Ish, jangan wey... aku dah menapak beberapa langkah kebelakang. Kejap je macam tu, dalam seminit lepas tu dah ok balik dah.. Alhamdulillah, cuak jer..

Tak lama kami kat atas puncak tu tak sampai pun sejam. Kami perlu turun segera sebab cuaca mula mendung. Apak tu kata bahaya kalau kita terus kat atas ni kalau tetiba hujan. Kami lak tak bawak touch light! Ada ke patut kan??Ishh.. Dan dengan berat hatinya kami pun turun la semula. Bye-bye Gunung Merapi, Inyallah aku datang lagi. :) 

jalan nak pegi ke arah gunung berapi dah di puncak
Perjalanan turun sekejap je, dari baru-batu macam kerikil kecil-kecil dan sangat bahaya sebab pijak je, batu-batu pun ikut jatuh menggelongsor sekali. Kami sampai di check point kami yang apak tu dah simpan meegi dan makanan kami semua. Dia masakkan kami meggi. Time tu memang dah lapar gile. Hentam la labu, sedap je pun. Siap buatkan teh panas untuk kami semua. Dengan biskut lagi. Hentam je! Licin!. Lepastu kami merehatkan badan, terlelap jap. Letih wey..


Tak lama pun kami rehat, dalam setengah jam je. Then kami gerak turun semula sebab cuaca dah mula gerimis. Habis la!!.. Elok-elok je kami jalan, hujan pun turun!.. Lebat selebat-lebatnya. Punya la sejuk. Kawan aku tu ok la dah pakai baju hujan, sweater aku lak jenis cotton. Adeh!! Apak kata tak boleh berhenti. Kena jalan terus sebab kalau berhenti makin sejuk. silap-silap boleh cramp. Jalan yang kami lalu tu lak la jalan air turun, aiseeyyy.. Memang kena hati-hati la sebab jalan penuh air.Kita tak tahu mana lubang ke pe. Dan akhirnya..............>>>> aku salah langkah pijak lubang dalam! ADooiiii,terpeleot kaki aku! memang sakit gile. Time ni lak nak buat hal.. Dah la sejuk. Apak tu baca apa tah, dia pegang kaki aku dia urus dua tiga kali terus dia rentap!!craaappp!.. perrghhh, memang sedap gile la!.. nasib baik time tu dah nak sampai bawah.. Dia pun bantu aku jalan lepas tu.. Tapi, alhamdulillah rasa ok sikit dah.
Kami smpai bawah tepat jam kol6.30 waktu maghrib azan berkumandang time tu..aku  tak sedar ada lintah 3ekor gigit kaki aku time kami singgah pinjam toilet rumah pekerja kebun sayur kat situ.smpai sekarang aku tulis entry ni (September) bekas lintah tu masih x ilang..so bad!! :(  

Tengok la gambar bawah ni, ni real punya tak ada edit-edit.. cantik kan??? :) Subahanallah

Ciptaan Tuhan yang Maha Esa

Sampai je tempat kami memulakan pendakian tadi dah ada orang yang menunggu. Siap tepuk tangan lagi. Hehehe.. Siap ucap tahniah!waaahhh, tak sangka.heheh.. 

Penat, memang la penat gile. Dalam van tu apak tu siap bagi tips, tido malam ni kaki naikkan kat atas. rapat kat dinding, buat macam "L" sebab kami dah berjalan dari pagi, darah semua dah turun kebawah,. Kalau buat macam tu insyallah cepat hilang lenguh kaki tu. Dah, memang berhasil!!..

Ini adalah pengalaman hiking yang paling best dalam hidup aku takat ni..Insyallah kalau tuhan murahkan rezeki aku akan pergi lagi dengan geng-geng lain.. Insyallah.. Ada sape nak follow???