Wednesday, September 10, 2014

JAPAN - Universal Studio Japan & Osaka

Assalamualaikum...

Sambungan dari Entry Miyajima Island & Hiroshima

Aku tiba di Shin-Osaka dari Hiroshima lebih kurang jam 8pm. Masih awal lagi ini. Tengah malam ini last valid JR Pass untuk 7hari. Baik aku gunakan sebaik mungkin. Aku tengok map, Universal Studio Japan tak jauh dari situ. Semua cover by JR Pass. So aku pun terus ambil train ke Osaka Station dan tukar train di Nishikujo Station. Tapi tak susah pun. Platform yang sama. Line sebelah je. Universal Studio punya train siap color-color lagi.
Perjalanan ke situ tak lama dalam 15minit sampai. First things yang aku buat adalah ke Family Mart tengok apa yang ada. Starbucks tak ada kat sini, cuma air ni kira adik beradik dengan Starbucks la. Tapi tak sedap, tak beli dah. Beli sekali je.


Adik beradik Starbucks
City Walk
Then aku jalan-jalan sekitar Universal Studio ini. Aku nak ambil gambar disini. Lepas tu aku mintak tolong girls ini ambil pics aku. Dari mintak tolong ambil terus jadi kawan. Sampai la hari ini we all still keep in touch dalam facebook and LINE.


hi girls!
Universal Studio Entrance
HRC Universal depan itu aja. Boleh nampak terpampang besar-besar. Banyak option dalam HRC ini berbanding Osaka.


HRC Universal

Aku siap snap pic dengan harga sekali bagi peminat-peminat HRC diluar sana. Tapi semua harga ni belum masuk tax tau. Lepas tax biasa la standard harga HRC RM90-120..



Selepas itu aku berjalan masuk ke Universal Studio souvenir shop. Heaven gila masuk dalam ni. Tapi sediakan duit je lah.. Benda paling murah dalam ini adalah keychain Universal Studio ini.
Universal Shop ada dua. Satu just luar dari park dan lagi satu sederet dengan kedai-kedai yang ada di situ. Senang cakap sederet dengan bangunan HRC la. Tapi dua-dua pun aku masuk.


harga 600Yen/pc (RM20)
Seterusnya aku masuk ke Little Osaka. Banyak souvenir ddalam ni. Kedai ini lagi best kalau nak dibandingkan dengan di Shinsaibashi area. Maknanya kalau korang nak shopping kat sini pun ok. Harga souvenir sama je satu Japan. kalau beza pun 20-50Yen je.


Little Osaka Universal
Nyesal tak beli kat tempat lain tak ada
harga dalam range murah
 Waktu aku tengah berjalan balik aku nampak ada street show. Baru je start ni, aku pun join sekali. Dari berdiri langsung aku duduk bersila. Siap depan sekali lagi. hahaha.. aku tengok dia gelak aku pun gelak padahal sepatah haram aku tak paham bahasa jepun yang dia cakap tu. Fluent mat saleh ni cakap jepun  weyyy...



Selepas habis show itu, aku pun berlalu pulang bersama train. Aku sampai di Shinimamiya jam 11.30pm. Maka berakhirlah JR Pass aku. Fuuuhhhh, puas gila aku naik turun train and bullet train. Tq JR Pass!!

Bila aku masuk je dorm aku, ada sorang guy ini duduk bawah katil aku. owwhh, ye tak ye lak ea. aku duduk dalam mix dorm. Lupa lak sebab semalam dua girls dari Mexico itu duduk dalam ini. Borak-borak dia dari Canada, dan baru habis round trip di Korea. Saja singgah Japan. Tak lama lepas tu masuk sorang girls ini. Ok, malam ini kami bertiga. Aku panjat katil aku dan tido!!!! ZZZZzzzzzZZZZ.....


DAY 9 (11 September 2014)

Aku bangun bagi, hujan lebat diluar... Aghhhhh, ikutkan hati nak tarik selimut balik. Tapi apakan daya mesti kena jalan. Hari ini hari terakhir aku untuk jalan-jalan di Japan sebab esok pagi-pagi aku dah kena berangkat pulang... Oh man!! i'll back to real life tomorrow!... agghhh, go away! tak nak fikir pasal itu. Itu esok, hari ni, hari ni punya cerita.

Lepas mandi aku perlu check-out. Aku duduk breakfast makan apa yang tinggal sebab kalau boleh tak nak bawa apa-apa makanan balik. Buat penuh bag aku je. Relax punya relax sambil online sampai tak sedar dah kol10.30am. Aku memang tak plan nak kemana-mana hari ini. Sambil online aku study map Osaka yang hostel bagi. Ok, aku akan ke Osaka Castle je hari ini. Lepas itu akan jalan ke area Shinshaibashi, Dotonbori, Namba dan Glico area. Lewat petang aku akan ke Hard Rock Cafe Osaka. Plan asal aku mungkin nak ambil daily pass 2300Yen untuk satu hari tu. Boleh melawat and masuk free kebanyakkan tourist spot.

Tapi apakan daya, aku rasa aku dah penat gila jalan. Dari sebesar-besar dan sesibuk-sibuk Kota Tokyo, pergi menjamu mata ke kawasan pendalaman di Takayama dan Shirakawa-Go. Kemudian meneruskan kembara ke kawasan penuh sejarah dengan atmosfera semulajadi yang masih terjaga di Kyoto. Menghabiskan masa dinih hari bermain dengan rusa di Nara Park. Menaiki Feri ke Miyajima Island dan melayan perasaan untuk menghargai keamanan yang di kecapi sekarang di Bandar Pengeboman Atom di Hiroshima. Malamnya pula, emosi bertukar menjadi keanakkan bila berasa di Universal Studio. Jadi aku nak apa lagi? Hampir completed rasanya trip ni. Jadi hari terakhir ini aku pergi ke Castle je la. Yelah, waktu kat Tokyo hari tu tak dapat pun nak tengok Imperial Palace. Hahahaha... ok jommm!!!

Aku check out dari Hotel Mikado jam 10.30am dan terus melangkah keluar berjalan menuju Hotel Toyo. Jarak antara dua hotel ini tak jauh pun cuma lebih kurang 50meter. Hahahaha.. dekat je kan?  Aku saja je naj tukar hotel. Tukar angin. Lagi pun hotel Toyo ini aku duduk private room. Lepas 9hari aku di Japan baru malam last ni aku duduk private room, senang nak arrange barang.


Hotel Mikado ke Hotel Toyo by foot only 1 min :)
Lepas simpan bag, staff bagi aku pinjam hotel punya payung transparent. Yeeeaayyyyy!! Payung ini trademark Japan kot. Ala-ala gadis japan pulak aku rasa. hihihiihi...

Macam biasa pantang nampak supermarket or 7-E benti jap beli Starbucks. Ini yang membuatkan aku asik tak tido malam je ni. huhuhuhu....


Kali ini perisa lain
Lokasi pertama adalah Osaka Castle. Memandangkan hari ini aku dah tak ada JR Pass dah, makanya aku perlu cari alternatif lain untuk menjimatkan poket aku yang semakin mengempis.

Staff di Toyo Hotel cadangkan aku beli 1 Day subway Pass. Aku boleh naik mana-mana subway selama mana yang aku nak dalam tempoh sehari ini. Wahhhhh, ini dah kira bagus. Harga 800Yen. Kiranya kalau naik 4x dah balik modal dah.

Korang boleh beli ticket ni dimana-mana machine station subway. Tak susah pun.. Tekan English-Day Pass 800Y-masukkan duit dan chhhiiiitttttt.... keluar kad sekeping.

Dari Toyo Hotel aku akan ambil Sakaisuji Line dan tukar ke Chuo Line.. tak jauh lak antara dua line ini walau satu station... ffuhhhhh.. berlengas badan.


From Hotel Toyo to Osaka Castle
Aku berjalan menuju ke Osaka Castle melalui park yang ada disitu. Kalau spring atau Auntum mesti cantik gila park ni. Tak ramai pun kat sini, mungkin sebab hari biasa. Panasnya, ya ampunnnnn....



Jalan punya jalan baru aku tahu yang aku masuk melalui pintu belakang. Patut aku belok kanan dekat tangga tinggi tadi. Tapi bagus gak, dapat ambil gamabr dari bahagian belakang gak. Tak ada la depan je.


Uncle ni bersama burung.???? haha tak tau helang rasanya
Pintu belakang
View dari belakang Castle
View dari Jambatan Belakang Castle
View dari tepi Castle
dari bahagian belakang Castle

Taraaaaa, aku dah sampai di pintu depan. Kalau korang masuk dari belakang, maka korang akan nampak dengan jelas struktur keseluruhan Castle ini. Best kan?
500Yen
Kalau kalian ada Daily pass ini fee masuk adalah 500Yen sahaja berbanding 600Yen kalau tak ada Subway Pass. Discount 100Yen. Rm3 pun duit tau! Dapat nasi sebungkus tu. Hahaha.. nampak tak betapa cheapskate nye aku.

Korang akan dibawa naik terus ke tingkat 5 dengan menaiki lift. dari tingkat 5 korang perlu menaiki TANGGA sendiri hingga ke tingkat teratas sekali iaitu tingkat 8. Ala, 3 level je kan!. come onnnn.... memang la come on, tapi bagi aku yang dah berjalan selama 9hari ini tak sakit lak kaki aku kan. hohoho..

Tingkat 8 adalah observation untuk melihat seluruh Osaka. Tak pergi tempat lain pun tak apa la macam ini. Dah dapat tengok seluruh Osaka dah. Aku menghabiskan lebih kurang satu jam diatas itu. Aku pun tak tahu apa yang aku lama sangat. Tapi best la! Nyaman!!~



Kalau nak turun pula, korang hanya boleh menggunakan tangga hingga ground floor mula-mula korang naik lift tadi. Haaaaa, baru ko tau! tapi turun je pun kan tak penat sangat. Dan setiap level ada banyak benda yang menarik yang korang boleh tengok.



Antara yang menarik minat aku adalah patung-patung kecil tentera dahulu kala. Selain itu susun atur rumah penempatan zaman dahulu. Tak banyak beza dengan yang aku dah tengok di Edo Tokyo Museum hari kedua aku di Japan hari tu.



Aku nampak ada ramai-ramai duk berdiri depan benda yang dipamerkan. Aku ingat apa lah yang mereka tengok. Rupanya mereka tengok tayangan video movie 3D tentang kisah dahulu kala. Habis satu episod mereka berganjak ke screen yang sebelahnya pulak. Cerita ini bersambung-sambung. Hahahaha... pandai kan.. Dan mereka ini sangat tabah tengok dari mula sampai lah habis... errkkkkk, aku pun join sekaki gak. Dorang gelak aku pun gelak padahal satu benda sepatah haram aku tak faham. Sampai Jepun sebelah aku itu pun toleh and senyum kat aku. Mesti dalam hati dia puji aku kan? "Bagus budak sebelah aku ni faham bahasa Jepun". Aku pun membalas senyuman dia dengan senyuman kerang busuk aku.hehehe.. Kira habis juga la 3 screen aku tengok. Walaupun aku tak faham tapi tengok gambar je pun boleh faham sikit-sikit.



Dalam Castle ini korang boleh mencuba pakaian tradisi tentera zaman Dinasti dahulu kala ti tingkat 4 kalau tak silap. Ada bayaran yang dikenakan. Tapi aku tak ingat la, sorry ye. tapi tak berapa mahal 500Yen tak silap. (RM15 untuk 2-3minit kira mahal la wey!!) Dan mereka akan bergambar berlatar belakangkan Gold Tiger tu. Sekian.... Masa untuk beransur..



Keluar je dari Osaka Castle ini aku beli Japanese Tea Icecream harga sama 300Yen (RM9). Lepas duduk sambil memerhati orang disekeliling yang sedang menikmati sama, aku bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Shinsaibashi.
Jangan lupa makan Japanese tea Icecream
Museum
Lagi satu benda menarik, kucing kat Japan semua besar-besar. Contoh kt bawah ni. Gangster wey muka dia.. haha.. Usha aku ketat jer..
Binatang Apakah Ini?
Blacky


Ko pandang apa??






















 























Shinsaibashi ini bersambung dengan Dotonbori dan Namba. Di Dotombori korang boleh bergambar dengan Glico. Aku pun tak tau apa sebenarnya Glico ini tapi kan sekarang dah tak ada dah Glico lelaki yang lukisan biasa aku tengok dalam blog orang. Sekarang diganti dengan perempuan pula. Kenapa ea?? ada sesiapa tahu? Dah tak ada dah trademark Glico tu..hmmmmmm...


 
Jalan sepanjang Shinsaibashi  ini dipenuhi dengan semua butik-butik branded. Tp macam Prada,LV, Gucci tu tak ada la.. Setakat H&M, Zara, Ralph Lauren,Tommy Hilfiger, Fossil etc. H&M memang tengah buat sale. Tapi aku taka da lah beli. Boleh gak dapat harga macam tu kalau time sale kat Malaysia.








Yang bestnya sepanjang Shinsaibashi Shopping Street ini ada wifi. Dapat gak la aku upload satu pic LIVE dekat FB time tu. Lepas tu terus line out!.. Sabar je la…

Perut aku dah bergendang-gendang dah ini. Apa aku nak makan ye? Aku nampak kedai crab dengan crab besar depan kedai dia. Sebuah restaurant yang menghidangkan pelbagai hidangan berdasarkan crab. Aku duk usha-usah sushi yang dia jual tu.. Gluppp RM60. Aku intai staff yang sedang bakar crab tu. Ok, aku beli lah walaupun benda macam ini je RM20!! Oh man, jangan fikir kalau fikir alamat tak merasa la..
Crab ku macam ni bernilai RM20..fuhhhh

Aku duduk kat tempat duduk bawah tiang betul-betul depan restaurant tu. Peduli apa aku orang lalu-lalang. Aku makan je la, parut aku lapor! Apa korang tahu. Hahahaha… tak ada sapa pun heran aku makan kat situ, sebab aku pun buat muka dekkk jer. Tetiba sorang mamat ni datang duduk sebelah aku. Lepas tu hisap rokok! Adoiiii, kacau mood makan aku betul la. Aku buat kibas-kibas asap rokok tu. Lepas tu dia perasan agaknya dia halakan rokok dia arah lain and say sorry. Lepas terus dia buang rokok dia! Ehhh, ok aku tak bertanggungjawab. Aku tak suruh ko buang pun kan?huhuhu.. tapi bagus la datang balik mood makan aku. Lepas tu kiteorang start borak. Dia daripada Turki rupanya. Adehh aku ingatkan American sebab essence dia. Muslim rupanya. Dia kata dia nak cari kerja kat Japan ni. Jadi guru Bahasa English. Dia suggestkan aku sekali seronok tinggal kat Japan ni. Dia boleh berbahasa Japan sikit-sikit. 

Tapi dari conversation kiteorang tu aku spot macam lain je mamat ini. Tadi mula-mula aku cakap aku stay area Shinsabashi. Lepas tu dia kata owhhh, area sebelah sana la you tinggal. Dia kata dia tinggal area2 sini je. Lepas tu bila lama-lama dia kata malam tadi dia tidur luar sebab balik lewat pintu kunci. Dia kata dia tinggal dekat Mikado Hotel dah 4 hari. Eh, rupanya tinggal satu hotel dengan aku . Aku cakap hotel tu ada password patut dia bagi kat you. Lepas tu dia kata owhh, really? You know the password? Aku cakap I don’t know. Coz I back early last night. Urrrmmmm, satu kemusykilan disitu. Tadi dia kata dia duduk area2 Dotombori. Lepas tu cakap stay Mikado Hotel. Ehhhh, ada yang tak betul kat situ kan? Ok, aku pun dah tak sedap hati. Dia bagi facebook dia, aku cakap sampai hotel nanti aku add semula sebab tak ada wifi. Lepas itu aku rasa dah tiba masa aku blah dari dia ni. Dah tak sedap hati. Kata hati aku mengatakan aku perlu berangkat sekarang.ffuhhhhhh.. macam aku selalu pesan kalau rasa lain macam je baik blah!


Lupakan pasal guy tadi. Aku berjalan memasuki Namba area. Lepas tu aku ternampak Bic Camera building!.. ha, orang kata dalam ni price dia ok gak. Aku berjaya rembat T-shirt I LOVE JAPAN. Tapi Cuma ada size M yang macam size L tu. Budak punya and S taka da. Nyesal betul aku tak beli kat Kyoto dua hari lepas. Konon tak nak berat la, lepas tu melepas. Tak banyak yang aku jumpa T-shirt kat sini. Klau kat Kyoto melambak-lambak. And Osaka punya ni mahal wey. Half price dari Kyoto. 


Serius kaki aku dah penat gila. Tak larat dah nak jalan tambah lapar lagi. Aku nak pergi ke Hard Rock Café Osaka. Nak beli T-shirt Osaka lak. Cousin aku pun kirim sehelai. Time aku berjalan kearah Namba Subway Station aku ternampak kedai Tempura ni. Harga pun taka da lah mahal. Apa lagi, perut aku yang dah berkeroncong ini memang dah tahan lagi dah mintak diisi. Memang tak tahan la sampai balik hostel. Aku masuk dan duduk atas. Duduk bahagian hadap luar tu. Best, layan makan sorang-sorang sambal tengok lalulintas dan gelagat manusia diluar.

Restaurant Tendon
Aku order Tendon. Sedap wey, dah makan sorang-sorang memang layan la. Sekali telan je, hilang semua. Ekekeke…

Menu





Sebelum~Jemput Makan..
Selepas~Licin~Kebulur
Selepas tu aku turun ke Subway betul-betul depan pintu restaurant tu. Sampai di HRC aku tengok….hmmmmm… best lagi Universal punya. So kalau nak pergi HRC better beli kat Universal. Kat sini pun ok gak, tapi universal banyak choices lagi la.
 
Dalam duk pilih-pilih masuk sorang lelaki ni. Dia cakap jepun apa tah dengna staff tu. Dia senyum kat aku, aku senyum je la. Lepas tu aku nampak dia pakai baju “Pulau Sipandan”.. Aik, orang Malaysia ke?
Time dekat counter dia nak bayar tu dia tegur aku. “Beli je dik, tak payah fikir-fikir. Untuk anak buah kan?”  Eh, Malayu ke? Hahahaha.. dia punya la gelak dia kata abang ni nampak macam Japanese ke? Hihihi.. Tak adalah, mata dah sepet dah Cuma kulit je gelap sikit. Ada je Japanese yang kulit gelap saya nampak. Tu ingat Japanese tadi. Hihihi.. Pastu abang tu siap offer lagi nak ambilkan gambar aku sebab tadi dia dengar aku mintak tolong staff tu ambilkan pic aku. Hahaha.. pucuk dicita ulam mendatang. Bro ni memang rock & roll wey!! Dia lagi siap suruh aku posing kat situ, kat sini. Kat pintu. Dah macam professional photographer dah aku tengok. Hahaha.. Terima kasih.


Thanks Bro!!







Let's save the Planet
Aku sampai di hotel lebih kurang jam 10pm. Mandi, packing kol1 baru aku tido. Esok pagi-pagi dah nak bangun. Esok kena balik dahhhhh.. Oh tidakkkk!!..... tak nak balik boleh tak? Good night Osaka…


Full Moon
Jom balik..























Expenses:

Ice-Cream : 300Yen
Subway Pass : 800Yen
Osaka Castle Fee : 500Yen
Crab Grill : 500Yen
Dinner : 680Yen
Total : 2780Yen

Shopping
Magnet : 870Yen
Kereta : 1,170Yen
HRC:  7300Yen
T-Shirt : 3700Yen
Total : 13,040Yen



No comments:

Post a Comment