Monday, April 27, 2015

Trip 4 Negara: Halong Bay, Vietnam



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Day 2 – Halong Bay

Pagi-pagi aku dah bangun sebab hari ini aku akan ke Halong Bay. Aku dah beli tour aku semalam dekat-dekat dengan hotel aku. Harga USD20, tapi bila aku nak bayar dia goda aku cacap tak nak amik kayak ker? Sebab kalau aku tak amik kayak aku akan duduk je atas feri, tak boleh explore kawasan sekitar. Tanpa fikit panjang aku pun agree je lah. Untuk kayak tambah lagi USD5 tapi dia bagi discount USD4. So in total USD24 untuk trip ke Halong Bay. Aku tanya dia lagi, makan apa atas kapal sebab tour ni included lunch. Dia kata kebanyakkan makanan meat da nada DOG gak, dan tak boleh nak request Halal food. Kalau aku nak request aku boleh amik tour mahal sikit USD45. Then aku boleh pilih nak makan apa.. Eh, ye tak ye je minah ni. Aku baca kt blog orang, dorang kata makan seafood je semua. Mana ada meat siap anjing bagai. Aghhh, minah ni nak kincing aku ni. Then aku kata tak pe, aku bawak makanan sendiri. 

Breakfast included
Van tour amik aku kat hotel pukul 8.50am. Lambat plak, dah la taka da no hp. Nasib dia tak tipu. Aku cakap direct je kat guide tu, “ I taught you would not come”. “woooww, nooo… if im not come, I’ll get a big problem for my company”.. acehhhcehhh, ayat dia..

Perjalanan untuk sampai ke Halong Bay memakan masa yang agak lama lebih kurang 4 jam sebab kami berhenti di dua tempat. Ada pulak singgah-singgah dekat kedai-kedai macam souvenir tu. Sama macam kalau korang pegi Thailand la.

Ferri di jetty Halong Bay
Ingat nama/Nombor Ferri korang ye.
Ni Numbor Ferry aku. 18.
 Jam 1.30 barulah kami naik ke atas feri. Perut aku memang dah main gendang dah. Mula-mula aku duduk dengan sorang mamat yang sangat pasif. Tak nak tegur and bercakap dengan orang pun. Dia nak pergi Malaysia. Then aku tunjuk dia map and route nak pegi Malaysia overland. Bangkok-Hatyai-KL dan boleh stop kat Penang and Langkawi. Belum habis kami cakap tour guide tu suruh kami duduk tempat lain dan aku ditempatkan satu meja dengan family dari Vietnam. Siap baby and bawa makanan dorang sendiri. 

Tak lama lepas tu, taraaaaa… Makanan sampai. Ikan steam halia, sup ala, telur dadar, sayur kubis, nasi dan ada satu makanan tu yang aku tak usik. Dorang ni tak pandai English, tapi tanya ada dari mana. Aku cakap la dari Malaysia. Dorang ni baik, tapi sebab tak pandai English tak dapat la kami berkomunikasi.huhuhu…

Dorang bawak makanan dorang sendiri macam fish cake, tapi aku tak tau la cake apa lak kan. Tetiba minah ni boleh lak offer aku "fish cake" tu dan terus letak dalam mangkuk nasi aku. Aikkkkk, adoiiiii makanan apa lak ni. Aku faham they just wanna be nice with me, but errghhh I don’t know what it is. Pork cake or???
 Aduhhhh, masuk lak dalam nasi aku. Aku cakap kat dia dengan muka yang betul-betul try to be polite, “sorry, I can’t eat this. Im so sorry..” berkerut-kerut muka aku supaya dorang tak terasa aku buat macam tu. Sambil aku halakan mangkuk aku pada pompuan tu dan pompuan tu macam faham apa aku suruh dia buat. Dia pun amik balik “fish cake” tu dan letak balik dalam bekas makanan dorang. Ok, so apa aku nak buat?. Aku confident je yg tadi tu bukan pork, maybe chicken or really “fish cake” (looks like) dan aku pun terus sambung makan. Yang penting confident ok! Kalau aku dah kenyang tak pe, ni baru dua sudu masuk mulut. Dah la dari semalam tak makan nasi. Erghhhh…


Pemandangan atas kapal memang cantik sangat. Lepas makan aku naik atas deck untuk menikmati angin Halong Bay. Sampai satu area memang banyak kayak dan kami pun diarahkan turun. Yeahhhh, naik kayak. Tapiiiii…… tour ni kata naik kayak ni nanti kena bagi lagi tips kt tukang kayuh tu. Dan naik kayak akan basah. Kalau bawak baju tak pe. Pulakkk… lepas tu dia kata kalau nak sewa kayak lagi besar boleh naik 4 orang kena bayar lagi 40,000dong. Aku convert, alaaa last-last sama macam apa hotel offer USD30 gak. Aku dah amik dah life jacket, lepastu aku letak balik.  Aghhhhh, instinct aku cakap tak payah pergi. Biar lah burn USD4 yang aku dah bayar time aku beli tour ni semalam. 

Pemandangan Dari Halong Bay



Panorama View of Halong Bay
Aku fikir baik aku pergi sembahyang lagi bagus. Time dorang semua pergi kayak (tak adalah semua, ada beberapa orang gak tak pergi. Just menikmati pemandangan je)Aku amik wudhuk kat toilet dan naik atas deck. Aku masuk dalam ruang yang aku tengok macam tempat tido pekerja ni je.

Then aku solat jelah kat situ. Solat dengan aman, tanpa sebarang gangguan sebab semua majority orang tengah turun kayak. Sebab aku fikir pukul berapa lak aku nak sampai hotel nanti. Confirm dah malam. So jamak la Zuhur and Asar. Lepas tu aku join dua orang mamat ni. Sorang dari Norway and sorang dari Vietnam.
Solat dalam boat.

Muka ada cahaya nur kan? hahahaha
Kapal-kapal di Halong Bay








Selepas kayak, kami dibawa pula ke cave batu kapur yang dalam dia warna-warni.Cantik. Entah berapa ratus tahun dah gua ni. Sejuk je siap ada fountain.






Belakang tu ada fountain
My travel buddies from US
Ada varanda atas tu boleh amik pic keseluruhan Halong Bay
Lepas ke cave ni kami pun pulang. Perjalan balik ambil masa 2 jam je pulak untuk sampai ke Hanoi City. Sepanjang tour ni aku berkawan dengan mamat dua orang kat bawah ni. Macam belangkas dorang ni. Sorang dari Norway and sorang local Vietnamise.. Seronok dapat shared experiences pasal travelling.

My travel buddies in Halong Bay
 Aku tiba di Hotel jam 8pm. Fuhhh, memang penat gila dan lapar pulak. Aku Tanya staff hotel tu mana nak cari nasi. Sebab aku ada lauk Brahims aku yang aku dah bawak. Dia kata dalam 50meter selang beberapa building ada satu café. Then aku pun order la nasi. Dia Tanya nak berapa? Aku cakap untuk sorang makan. Dia cakap “20,000dong?” “30,000dong?” dan aku pun cakap la 20,000dong. Aku pun tak terfikir untuk check berapa banyak portion nasi tu dan bawak je terus pergi hotel. Bila bukak, mak aiiiiii……. Ni macam untuk 3orang makan. Penuh dan banyak gila. Aku baru makan beberapa suap dah macam kenyang. Dah, jangan buat hal. Aku ni memang bukan buang nasi punya orang. Hmmmm…. Pelan-pelan lah aku makan sampai la habis lauk aku, nasi ada suku lagi.. Aku bawak naik dorm, aku pun tak pasti bila aku nak makan. Tapi yang pasti tak nak buang. Tapi esoknya confirmlah basi dah kan? Nak tak nak terpaksa buang. Maaf nasi…….

Sampai dorm aku terus mandi dan solat. Mat and minah2 salleh dalam dorm ni dari bising-bising lepas t uterus senyap bila Nampak aku start solat. Then dorang terus cakap, “shhhuuutttttt” dan balik kat katil masing-masing. Bila aku habis solat, minah sebelah katil aku tanya, 

Minah: “What did you do just now? Are you prayed?”
Aku: “Yes, I am.”
Minah:“I saw you wear the head cover, so I know you are Muslim. This is first time I saw Muslim was praying in front of my eyes. Thank you for such a great experience for me.”

Lepas tu mamat atas katil aku jengah kebawah.. 

Mat: “yeahh, me too. I was confused while i came out from toilet and wanna go up to my bad. What should I do? And slowly I walked. I believe you was praying.”
Aku:"Yeahh, I am sorry if my act made you guys felt uncomfortable."
Both: "No, no… no worries.. we are fine!!..Something new experience and knowledge…"

Minah Salleh katil lain pun pandang kami senyum... :)  Aku senyum lebar dengan reaction yang aku terima dari they all. Nilah antara sebab kenapa aku travel… 

Good Night guys, esok ada hari lebih menarik akan aku tempuh. Esok aku akan cross border Vietnam-China untuk ke Nanning dan kemudian ke Guilin. Ada cerita menarik sepanjang journey tu. Ye, memang menarik dan semua tu Allah dah aturkan…

Sekian..Bersambung

Daily Expenses:

Tour: USD24 (RM86)
Rice: 20,000Dong (RM3.30)

Total: RM89.30


No comments:

Post a Comment