Friday, May 1, 2015

Trip 4 Negara: Art Palace of Nature,Yangshuo

Assalammualaikum....

Happy Labour Day!! 1st May 2015, Location: Yangshou,China

Keseinambungan dari entry Trip 4 Negara: Guilin-Yangshuo

Hari ini aku akan spent time untuk explore sekitar Yangshuo ni. Orang kata tmpat ni cantik dan juga tempat shoot filem Avatar. Disini korang ada dua option sama ada nak explore tempat ni guna basikal or naik motor. Aku pilih untuk naik motor sebab boleh lagi cepat. Motor dia skuter electric, macam best je sebab tak ada pollution.

Tapi sewa agak mahal 80Yuan(RM55)(sehari) dan korang kena bagi 500Yuan(RM340) sebagai deposite. Nanti dia akan return time korang pulang motor. Tapi ingat orang China ni banyak trick, jangan pulak korang lupa. Memang tak dapat balik la nanti. Tu pun aku tunggu lama gak dalam 15minit tunggu orang yang pegang deposite aku tu datang balik. Tu pun lepas aku tanya berkali-kali dekat orang yang jaga tu."My 500Yuan deposite?". Dia mintak kunci, aku cakap you give me my deposite then i give you the key. Then dia suruh aku tunggu. Bukan boleh percaya orang China ni, kang dia kata dia dah pulang lak. Mendapat!!

Pasal motor pula, 80Yuan tu untuk 1hari tapi bateri cuma ada cukup untuk 40km je katanya. Aku dapat motor time tu dah 11km.. Chiiiissss, auta aku ni. Dia bersungguh-sungguh cakap only 40km you must reach back here. Call me if anything happen.

Aku jalan sekejap je dah naik 20km, ni nak auta aku la ni. Dah la bagi dia dah guna 11km. Aku lak boleh tak perasan. Tapi malas nak fikir pasal km motor tu, baik enjoy. Tapi ramai gak orang naik basikal, tapi tengok dari route memang semua agak jauh. Penat gile kalau naik basikal tu. And rasa memang tak boleh cover shari kalau naik basikal, lagi la berbukit kawasan ni. Memang penat gile.. hukhukhuk...

Untuk destinasi pertama aku, aku nak pergi cari ancient village. Jalan punya jalan ikut map tapi sesat. Jumpa lak satu kawawan ancient village. Perkampungan ni sunyi sepi je, tapi memang ada orang. sebab ada motor and motorcar petani tu. Tapi sunyi, serious sunyi je.
Aku masuk sampai hujung kampung, and taraaaaaa..... aku disajikan dengan view kat bawah ni...

Waaaahhhhhh, cantiknya... terus aku park motor sebelah rumah orang. Bukak helmet, kunci motor dan berjalan kedalam kawasan kebun sayur tu. 

View sangat cantik, dengan batu bukit yang tercacak tu. Amazing.
Aku curious kenapa tak ada orang kat ladang ni. Owhhhh mungkin orang cuti labour day kot. Nak mintak kebenaran masuk kawasan orang tapi tak ada sapa. So aku redah jelah...

Lepas tu aku nampak seorang lelaki tengah betulkan mesin dia. Dari jauh aku angkat tangan sambil cakap "Nihauu".. Di angkat kepala and angkat tangan kat aku dan terus sambung semula kerja dia. Dari reaction dia, nampak memang tak salah kalau aku masuk kawasan tu. So, aku jalan lah terus.....

Batu-batu kat sini sangat spiritual
Jalan di atas batas kebun sayur yang tak bersayur.
batu-batu hitam tu buat aku rasa macamaku berada di dunia lain
Tak puas tengok view dia

Aku masih musykil dengan kewujudan batu hitam yang banyak kt sini

Aku terbayang cite Avatar.
Batu ni juga dijadikan sebagai batu kubur
Batu dia tercacak-caka. Scary pun ada.

Sayuran yang ditanam oleh penduduk kampung. tak tau lak sayur apa ni
Terjumpa cangkul, bertani sat
Teringat cerita Avatar??

Disini ada banyak kubur. aku rasa kubur penduduk kampung tu. Nampak je kubur seram sejuk lak aku. Kubur dia sangat ancient tak sama macam kubur Buddhist kat Malaysia.Dan kubur ini juga dibuat dengan batu-batu hitam yang tercacak tu. Aku tengok colok dia masik fresh, mungkin ada upacara malam tadi.

Kubur penduduk tempatan. Korang jangan nak jampi lak.. hehe
Tak lama lepas tu aku pun berlalu dan meneruskan perjalanan ikut peta kat tangan. Lokasi seterusnya ancient village yang dekat dengan Yulong River. Sambil tu aku ikut orang naik basikal tu. Mesti lah dorang pun pergi tempat yang sama kan. Perun punya perun sampai lah aku ke Yulong River. Haaa, kat sini lah orang kata best naik rakit.  Sorry to say, aku pun lupa apa nama village tu sebab aku main redah je. Tapi korang akan nampak signboard and akan ada dalam map attaractions in Yangshou tu.

Ancient village ni macam dah modern sikit dari yang first one aku jumpa tu. Bahagian depan semua rumah batu design modern. Yang bahagian belakang barulah yang lama guna batu tanah liat mungkin. Rumah lama tu dah tak ada orang duduk dah. Semua dorang jadikan store untuk barang tani dorang. Ada yang tinggal langsung. Sayang. Aku park motor belakang dapur rumah orang, (bestnya motor ni tak ada bunyi, so tak ganggu ketenteraman orang). Aku jalan disebalik rumah, dari satu lorong ke lorong lain. Macam dalam game yang loss tu pulak... hehehe..

Korang jamu lah mata dengan pics kat bawah ni.

zaman dulu-dulu tingkap nilah port anak gadis dating dgn pakwe dia. Dia kt dlm pakwe kt luar. hehe

Entah ceruk mana tah yg aku redah ni
Scary gile rumah tinggal ni

Ancient sangat
Antara pic yg aku suka. Basikal tua tu!!
Kayu api disimpan macam tu
Aku terasa macam zaman 200 tahun yang lalu
Redah!
Tangga ni akan bawa ke kawasan lagi lama dan semak
View lepas naik tangga tadi
Kawasan ni paling tinggi. Nice utk shoot gambar
Ok, jom turun dan balik. Aku dah seram sejuk sebenarnya
Teringat cite kung fu
Lepas tu aku amik balik motor aku dan keluar dari ancient village ni.

Tak jauh dari situ sampai lah ke kawasan jetty bamboo rafting di Yulong River. Baca dari pengalaman orang lain, akan ada orang tarik-tarik korang untuk naik rakit tu. Tapi mungkin nasib aku baik, tak ada sape lak peduli aku kat situ. hahahaha.... Bagus gak naik motor ni. Suka-suka nak berhenti-suka2 nak jalan. Dan korang akan dapat pergi tempat yang susah kalau nak naik basikal.

Ramai gile tukang rakit
Part ni yang paling best turun dari jeram tu
 Tak lama pun aku kt jetty tu, aku drive pelan2 ikut laluan basikal menyusuri tepi sungai. Apa aku kesan, bukan aku bawak laju pun. Motor aku tak ada bunyi dan orang tak marah pun. Boleh la tu, redah je.. Hahahahah...

Local kids
Ni salah sorang yg paling nakal sebab dia sorang je yg swim
Air sungai bersih gile. Teringat Japan.
Antara view yang korang akan nampak sepanjang trek tu
Lawa kan
 Lepas habis menyusuri Yulong river aku pun ikut signboard menuju ke arah Big Bayan Tree. Ya ampunnnnn, traffic dia memang tak move langsung. nasib aku naik skuter and skill drive yang diasah dari umur 11tahun and merempit dengan 125z kesayangan tulah yg digunakan saat ni. Maybe sebab cuti labour day. Tu yang ramai sangat. tengok ramai sangat, aku stop kat Big Bayan Tree. Park motor bawah pokok pi jengah jap kat entry tu. ramai gile, tah bila nak dapat masuk macam ni. So aku decided tak payah masuk. Lagipun bayan tree tu just pokok je. dah kenapa nak sangat tengok pokok tu, nak memuja ke pe!hahaha...  Bila aku balik kat motor ada lah uncle ni mintak bayar parking CNY5. cisssss, aku park kejap je tak sampai 5 minit... errrgghhhh mahal lak tu. (maaflah aku lupa nak snap pic motor tu sebab excited sangat drive motor electric.hehehe..

So aku terus lagi ikut signboard, sampai kat silver cave. Aku tak berhenti sebab ramai gile and lagi satu sebab cave ni sama macam cave yang aku dah masuk kat Halong Bay,Vietnam beberapa hari lepas. Aku terus menuju ke Moon Hill. Masuk bayar CNY18. Aku mula-mula tak tau apa ada kat moon hill ni, rupanya kena hike naik tangga. Jangan terkejut ada 800anak tangga untuk sampai ke puncak dan anak tangga tu pulak curam gile!! macam nak berbalik kebelakang aku rasa.

Nenek ni jual minuman dan bawak turun botol/tin kosong

Paling aku ingat bila ku jumpa nenek-nenek tua lingkungan umur 60-80tahun gigih bawak air minuman untuk dijual diatas tu. Bayangkanlah diusia sebegitu mereka masih cekalkan hati untuk bekerja demi sesuap nasi.

Akhirnya lepas hampir 45minit masuk kejap2 berhenti aku sampai kepuncak. Nasib tak ramai orang, mungkin sebab dah petang and hampir tutup.

Puncak Moon Hill
View dari Moon Hill. Cantik!
Lepas lepak-lepak lepaskan penat aku turun balik. Kali ni kejap je, turun kan..hehehe... Time nak balik tu sepanjang perjalanan jem gile. Sapa naik kete memang tak gerak la. Padan la muka.. ekekekeke... Yang paling suspen tu, bateri motor aku memang nak mati dah. time tu dah 60km.. perghhhh jauh gak perjalanan aku hari ni. hujan renyai-renyai lak. Time naik bukit memang tak larat dah motor tu sampai aku tolak guna kaki. Aku doa-doa lah mintak sampai kat tempat pulang tu. Kalau tak memang mendapat lak aku nak kena call lak orang tu bagai. Silap2 kang dia charge aku lak! Alhamdulillah, bila aku sampai je kat parking tu ngam-ngam motor aku mati. Dan aku membiarkan motor tu meluncur menuruni bukit tu terus sampai kat khemah orang tu. Orang tu gelak-gelakkan aku bila aku cakap bateri habis!!.. Jangan lupa amik deposit semula ye. Dia macam ngelak lak nak bayar. Adalah 10minit aku tunggu baru orang tu muncul.

Asalnya malam tu aku memang nak tengok Impression Lui Sanjie, tapi sebab tak beli tix and rasanya tix tu mahal sangat maka aku cancel lah plan tu. Baik aku pergi port malam tadi je, dari sana boleh dengar gak Lui Sanjie punya performance. Leh tengok lampu and amik gambar.

Maka, ni lah hasil gambar yang diambil untuk malam kedua di Yangshuo.

Cahaya sana tu hasil dari pancaran lampu kat jambatan
Cantk Kan
Paling suka pic ni sebab completed with boat tu
Aku tak tau apa orang tu buat kat situ

Ya ampunnnn... ramainya orang di tengah hutan belantara!!
Jaga-jaga, CCTV dimana-mana

Expenses Summary:

1. Sewa motor : 80Yuan
2. Lunch : 20Yuan
3. Air Tebu: 5Yuan

Total: 105Yuan

2 comments:

  1. saya nak gi 5hb dec.. agak2 sewa basikal mahal x sana? hehe.. nak bawak motor kaki tak jejak sebelah. hehe

    ReplyDelete
  2. terimakasih telah berbagi pengalaman merantau, poinnya adalah jangan menyerah, pantang pulang sebelum meraih kesuksesan salam perantau

    ReplyDelete