Wednesday, April 29, 2015

Trip 4 Negara: Longji Rice Terrace, Guilin

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Entry dari sambungan Cross Border Vietnam-China.

Ringkaskan dari cerita malam tadi yang aku dah terlepas speed train sebab bus yang sampai dari Hanoi ke Guilin lambat dari jangkaan. So makanya aku terpaksa tukar ticket amik train terakhir untuk hari tu di Nanning Railway Station. Station lama untuk slow train. Kalau naik speed train 2 jam je smpai la Guilin, kalau slow train gerak kol11pm 5.30am baru sampai station.

Nanning East Station to Nanning Railway Station

Sesampai je di Guilin North Railway Station(Guilin Bie), aku perlu cari bus untuk ke Wada Hostel. Nasib aku ada buat research sikit kalau aku turun di station ni aku perlu naik bus lebih kurang satu jam untuk sampai di Wada hostel. Tapi kalau aku naik speed train, dia akan arrive di station yang berdekatan Wada hostel. senang, terus jalan kaki je.  perot aku dah bunyi dah aku masuk kedai makan tak jauh dari situ. Tapi semua makanan tak halal punya. Aku pun makan jelah roti yang ada. Ada sorang pompuan muda ni tak jauh dari aku. Aku tanya macam mana nak ke Guilin Station. Kebetulan dia pun satu jalan, maka dia cakap bus start kol6am.Perjalanan dari Guilin Bei Station mengambil masa lebih kurang sejam gak. Dan aku tiba di Wada Hostel jam 7.30am.

Lepas mandi-mandi dan bersiap, tour datang ambil pada jam 9am. Rate tour ke Longji Rice Terrace 310CNY. Satu lagi option untuk ke sana adalah dengan join tour yg dibuat sendiri oleh Wada Hostel. Tapi tak ada lunch and long hair show. Aku nak sangat tengok long hair show tu sebab orang cakap menarik. Tapi bila dah pergi bagi aku tak adalah menarik sangat. Show tu pun sekejap je dalam 15minit je. hmmmm...


Long Hair Show

Panjang betul rambut dorang.
Tapi sebenarnya rambut akak sulung aku pun panjang gak macam dorang. Apa dahhhh, kalau nak tengok rambut panjang boleh je aku pegi rumah akak aku, duduk la tenung rambut dia sampai juling bijik mata. Ni tak bayar mahal2 pastu jauh2.. ekekeke.. nanti aku surah akak aku balut rambut dia mcam dorang ni boleh buat show kt Malaysia.. ekeke.. ehh, aurat!

Pakcik ni kan, seronok pulak goyang-goyang jambatan gantung tu

bersih!!!!!


Ok, aku summarize Pro and Cons between these two tour to Longji Rice Terrace ok!

Organize by Wada Hostel:
1. Rate : CNY250 or CNY230(student with student card; Student card from your own country uni is valid)
2. Departs:Usually 8am
3. Book: Direct email wada hostel
4. No Tour guide, so you are free with your own way.
5.  Included: - Transportation
6. Not Included : - Lunch, Long Hair Show, Cable Car

CITS Tour:
1. Rate : CNY310
2. Departs:8-9am
3. Book: Direct email wada hostel
4. Included:  - Transportation
                     - Long Hair Show
                     - Lunch(i told them i am muslim and just eat veggie)
 5. Not included : Cable Car

Dari dua tour ni, aku sangat recommended korang untuk amik tour Wada Hostel, sangat sesuai bagi backpackers. Aku sebenarnya nak sangat tengok Long Hair tu, tapi bila dah tengok "laaaa, tu jer ke? Habis dah? adeehhh..." tapi just untuk experience je tak pelah kan, tapi jujur mendalam dari hati aku ni sejujur ikhlas sebenarnya macam regret gak la amik tour CITS ni and tak pilih tour Wada. Huhuhu.. sebab?

1. CITS tour tu dorang tak de pun guide sangat. Macam book transportation je.

2. Makanan tu, hmmmmmmmmmmmmm......lebih baik korang tapau Brahims ke siap2 dari hostel (ditanggung halal..hehe) and boleh makan kat bawah pokok atas bukit tu. tak pun ada restaurant pi la order air botol and keluarkan makanan korang. Tapi kalau korang kena halau aku tak tanggung eh..

3. CITS cuma sejam je dorang bagi masa untuk korang explore kawasan tu. Dalam 15minit je kat atas tu, then kena turun. Aku pilih naik guna cable car, turun jalan kaki amik masa lebih kurang 45minit untuk sampai kebawah. Pecah lemak tepu aku. Dah la tak cukup tido. Kalau dengan Wada korang diberi masa 5Jam untuk explore tempat tu. Memang puas sangat la

4. Dan paling mengejutkan korang kena bayar lain untuk cable car. Aku tak tau la pulak nak naik atas tu kena cable car. Kalau lah kiteorang tau,.. Cable car keatas adalah CNY75 one-way. So bawak la duit jangan fikir korang tak keluar duit. Kesimpulannya total CNY385 utk tour Long-Ji tu... hmmmm..Tapi kalau pergi dengan Wada pun kena bayar gak la cable car tu asing, tapi tak delah rasa ralat sangat kan.

Sebab tu aku rasa better korang amik tour dengan Wada je. Tapi, tepuk dada tanya mana tour yg kena dengan style travel korang.

So korang enjoy la pic-pic ni eh..


Rumah penduduk tempatan

Aman damai
Bayar CNY75 utk one way.
Naik better guna cable car, turun guna kaki korang
Paling cantik time summer June-Sep
Perkampungan yanga ada kat situ

Posing sikittttt
Dia masak nasi dalam buluh
kalau duduk lama-lama kat atas ni kan best
Nampak tak rumah kat bawah sana tu? Korang kena tracking turun smpai bawah tu
Kalau summer lagi semua hijau je. Bukan mak ko hijau eh! aku pukk kang!
Bukan main susah lagi orang yg tolong amik pic ni. Amik dari atas
Larat tak nak turun sampai bawah????
Memikirkan masa depan untuk 2 thn akan datang

Rumah penduduk tempatan di lereng bukit
Nun Jauh disana terdapat asap kepul-kepul
I jump you jump? Ok? What! No? I'm crazy?? hahaha
Penduduk tempatan yang tabah demi sesuap nasi
Buat rumah baru dari kayu

Perjalanan turun kebawah mengambil masa 45-60minit dengan tracking secara perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan sekeliling dan berhenti di rumah local people. Tinjau-tinjau. Dalam tu macam rumah panjang ada banyak macam bilik-bilik. Mungkin satu big family kongsi rumah yg sama.

Pejalanan pulang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jauh kedalam tempat ni. Aku terfikir macam aman lah life dorang jauh dari kemodenan zaman sekarang.

Aku tiba di Hostel pada jam 6pm. Aku dah tak larat nak jalan walaupun aku lapo gile. Makan magie jelah. FB tak laju, so aku tido awal kol9 adah goal... Good Night.

Cost Summary:
1. Tour: CNY310
2. Cable Car: CNY75
3. Air Mineral: CNY5

Total : CNY390

Bersambung -------------->> Yangshuo, China


3 comments:

  1. hahaha skeri tak long hair show tu? boleh tido malam tak pastu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam rambut tu usap2 muka kita time tido malam... dah la tido hostel, lagi skeri... kahkahkah

      Delete
  2. Hi, nak tanya.... Train station mana yang dekat dengan Wada Hostel tu?

    ReplyDelete